Media sosial berjaya menjadi antara faktor kejatuhan regim di negara yang tidak hebat pun perhubungan internetnya seperti Mesir.
Media sosial juga melakar kegagalan dalam mempopularkan calon president popular internet dalam kalangan masyarakat biasa Czech Republic.
Dalam undi popular, walaupun internet banyak membantu, tetapi turun kepada masyarakat awam, berjumpa dan bercakap secara langsung tidak boleh diketepikan.
Kebenaran ditimbang dengan 3 perkara: 1. Al-Quran 2.Hadis 3.Sunnatullah alam
*ramai yang menggelarkan diri mereka pejuang islam cakna dengan Al-Quran dan Hadis, tetapi tak dinafikan ada yg terlupa atau tidak mengendahkan sunnatullah alam.
Mungkin kerana menjadi dai'e itu, mereka terlalu sibuk dengan urusan mad'u dan ilmu sehingga tak sempat solat jemaah. Masjid hanya tinggal untuk orang-orang yang mereka katakan a'bid yang mereka juga katakan tidak setapak pun keluar mendatangi manusia untuk berdakwah, golongan yang hanya bermain-main dengan ibadahnya. Mereka seolah mengatakan; kami ini keluar berjihad, namun tidak kamu yang terperuk diantara 7 dinding, 3 daun pintu dan beberapa anak tangga ini. Ya, mereka itu baik orangya dimata aku, cumanya ada yang tidak kena aku fikir, mungkin.Aku hanya melakukan penilaian setempat yang mungkin membatasi ufuk pandangan.
Disebuah negara yang rakyatnya 8 orang. pemerintahnya lelaki yang ada degree political science dr universiti terkemuka.
lalu dia bertanya kepada rakyatnya.:Patutkah kita nk legalize prbuatan
rogol. 5 org lelaki angkat tangan dan kata kami setuju, 2 orang
perempuan kata kami x setuju.
lalu dibuatlah undang-undang menghalalkan rogol kerana inilah permintaan ramai.
salah seorang dari yang mengangkat tangan pula miliki degree IRK dari
UIAM. Lalu dia pun bacakanlah ayat al Qur-an firman Allah : Maka
berbincanglah dengan mereka dalam urusan kamu.
setelah lunyai
kedua2 perempuan dirogol, mereka pun mula terfikir, hak monoriti perlu
dijaga. maka mereka pun x benarkan lagi merogol.
tapi lama
kelamaan, 3 lelaki sudah bosan n nk berubah jadi perempuan lagi.ketuanya
yang bijak pandai pn nk adakn undian tp akhirnya dia terfirik hak
minoriti x boleh diganggu , maka berubahlah jantina mereka berdua tanpa
sekatan sesiapa.
• encouragement- a broad range of activities from saying
“yes” or “go on” or asking “what happened next?” to non-verbal encouragement
such as making eye contact, nodding, orienting your body toward the person and
leaning slightly forward. • paraphrasing-expresses interest and focuses on the
individual and his problem. Repeating the intent or content of what the person
has stated is very helpful in making sure that the responder understands the
meaning of the words the person is using • reflecting- telling the person how they are being
seen or heard such as “You sound very anxious, (angry, etc.)”. Reflecting is
giving feedback on the situation such as “You seem so tense right now, what would
help you relax while we talk?” • emotional labeling-
helping the person label the emotions that he or she is feeling helps him or
her to make sense and gain some control of these emotions. Labeling the
emotions also gives the person a chance to clarify and correct the perceptions
of the crisis service provider • validating- conveying
that it is okay to feel whatever it is the client is feeling and that he or she
is not alone, in that given the same circumstances, others might feel the same
way. • reassurance •waiting
“Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menceritakan setiap perkara yang dia dengar.” (riwayat Imam Muslim, no 5) sekarang kan byk cara nak bercerita, walaupun dgn hanya satu klik "share" "retweet" "like"...jgn sampai kita tergelar sbg pendusta...^^
anda mampu mengubahnya dengan izin Pemilik langit dan bumi...
Ya Allah, aku meminta daripadaMu perbuatan2 yang baik, dan meninggalkan perkara2 mungkar, dan sayang kepada orang2 miskin, aku memohon agar Engkau mengampunkan daku dan kasihan kepadaku. Apabila Engkau mengkehendaki untuk menurunkan fitnah (ujian yang menggugat agama, pegangan dan pendirian dalam satu kaum, matikanlah aku ini dan tidak terkena fitnah. Aku memohon daripadaMu cintaMu, aku memohon daripadaMu cinta orang-orang yang mencintaiMu dan cintakan kepada amalan yang mendekatkan aku kepada kecintaanMu.
Kalau perbuatan baik itu mudah, mengapa masih ramai yang susah berlaku baik? Walau sekadar mengangkat sampah kering di jalanan mahupun senyum kepada orang yang kita jumpa, memerlukan hidayah Allah untuk ia berlaku.
Orang selalu quote doa Nabi Daud pada bahagian terakhir doa ini, tetapi saya lebih suka kalau quotation itu dihabiskan dalam hadis Nabi SAW ini iaitu doa agar kita cintakan amalan yang mendekatkan kita kepada kecintaan Allah. Dilengkapkan lagi dengan bahagian awal hadis yang memasukkan sekali doa supaya kita meninggalkan perkara2 mungkar.
Alhamdulillah, hanya berdasarkan pandangan kasar sekarang ini, dakwah sudah tersebar hampir meluas malah ke dalam AIM18 baru2 ini. Walaupun ada beberapa kekurangan, tetapi lihatlah kepada perkembangan itu jika diukur dalam jangka masa mungkin 20 tahun, dengan kadar yang konsisten, saya tidak hairan kalau AIM mungkin akan bertukar kepada majlis ala2 International Islamic Peace Confrence di Mumbai pada tahun 2009. Moga aku dan sahabat2 terlibat dalam proses transformasi ini.
Alhamdulillah kerana kebelakangan ini juga ada beberapa transformasi individu berlaku. Pastinya ia tidak berlaku secara ajaib semata-mata. Ada usaha yang perlu dilakukan, ada perkara yang perlu dikorbankan, ada beberapa orang yang perlu diuji. Untuk ia mencapai transformasi masyarakat bukannya kerja dalam jangka masa 6 tahun, tetapi skop waktu yang lebih luas. Telah Allah terangkan, manusia itu terlalu gopoh. Mungkin aku terlalu gopoh dan tidak teratur.
Ada juga kedengaran beberapa berita sedih, ujian2 besar yang menimpa beberapa sahabat dan rakan2 yang junior mahupun senior. Ada kes yang melibatkan nyawa si kecil. Apabila aku memikirkan, andai aku berada di tempat si ibu, membawa kandungan, mungkin aku tidak mampu menanggung bebanan tersebut. Tetapi yakin bahawa Allah tidak memungkiri janjinya yang mana Allah tidak akan membebankan seseorang dengan bebanan yang tidak mampu ditanggungnya. Hakikat kehidpan insan, tidak hanya menjadi makin tua, tetapi insan perlu belajar dalam setiap tahapan kehidupannya, untuk menghadapi tahapan yang seterusnya. Keperitan hidup ini membuatkan kita sentiasa dalam keadaan belajar untuk menyelesaikan dan menghadapi masalah.
Moga anak yang gugur itu, bakal memimpin tangan ibu bapanya ketika di syurga nanti. Apabila dengar ungkapan ini, terasa indah pula ujian dunia ini terhadap kesannya di akhirat. Moga akhi dan ukhti terus sabar dan tidak putus asa dengan rahmat Allah. =)