Saturday, September 5, 2009

Penghargaan yg ku rakamkan masih belum lengkap!!

Apabila tiba saat perpisahan
Segala perkara menjadi seperti terlalu indah
Sehinggakan tidak mahu aku tinggalkan
Saat dan tika ini.

Terima Kasih ingin ku rakamkan di ruangan sesawang ini

Kepada Arwah ABAH, walaupun tidak menepati cita-cita abah untuk bergelar seorang ustaz
Akan saya pastikan agenda dakwah yg terkubur dalam minda ABAH itu digali dan digunakan
Dan tiada saya lupa untuk menghadiahkan sealunan bacaan kitab suci pada setiap hari
Kerana sayangku pada ABAH, MAMA dan semua tidak pada ungkapan kata yang buta.

Kepada MAMA dan abang serta kakak dan penjamin2ku,
Yang sejak akhir-akhir ni bersifat lebih sentimental
yang membuatkan aku sendiri rasa janggal
dari itu aku bakal mengenali dunia yang sebenarnya tiada tawa dan hilai.

Kepada semua Ahli Masjid Kongsi dan Masjid Daerah kerana mewarnai cutiku dengan perkara yg berfaedah.
Juga kepada JAIPP yg telah menyumbangkan dermasiswa yg nilainya adalah tanggungjawabku,
Juga kepada kawan2 Sekolah Kebangsaan Kongsi dan SMKA Al-Mashoor(Lelaki) walaupun ramai lagi antara hampa yg xsempat ku jumpa.

Maafku menghinggapi segenap pelusuk tanah yang ada di bumi, moga kalian terus mendoakan agar Allah mempermudahkan perjalananku dan ujianku yg maha hebat di Republik Czech, Eropah dan perantauan.

mungkin ingin juga ku nukilkan kepada perkara di tempat kelima yg perlu ku tumpahkan kasih sayang namun belum masanya.


Terima kasih.

(kelihatan sedikit serabut disitu kerana tidak disusun dgn kemas urutannya)

No comments: