Malam yang gelap zulumat menghindari segala pandanganku dari melihat. Hormon tidur dirembeskan dari pituitary gland. Lalu cahaya langit yang aku nampak melalui tingkap hilang sedikit demi sedikit. Aku melangkah ke alam mimpi.
Aku bersama 6 orang rakan-rakan yang lain berada di sebuah rumah yang dimiliki 4 orang dewasa. Rumah tersebut diliputi malar hijau dan perang disekelilingnya. Cuma satu pintu yang ada untuk akses masuk ke rumah tersebut. Terdengar bunyi kicauan burung melegakan kami yang berada dalam kesesatan. Kami menumpang di rumah tersebut selama satu malam sebelum mencari jalan keluar.
Perihal 4 orang pemilik rumah tersebut tidak dapat aku gambarkan. Tetapi mereka kelihatan mesra dan ramah. Malam menjelma meliputi segenap pelusuk alam dengan kezulamatannya. Cuma ada cahaya bulan purnama yang menerangi kami di dalam kegelapan hutan. Sungguhpun begitu, tidak pula aku terfikir akan keberadaan elektrik di tengah hutan dan bekalan air yang cukup efisyen. Alam mimpilah katakan.
Aku keluar dari rumah menikmati angin malam tropika yang cukup mengasyikkan. Mungkin kerana mimpi, tidak sempat aku meratibkan sebarang kalimah kebesaranNya mahupun berfikir masalah umat. Setelah puas aku kembali ke rumah tersebut.
Apabila aku melangkah masuk, aku melihat 4 rakanku sedang disembelih oleh tuan rumah dengan pisau yang panjangnya melebihi 40cm di dalam bilik bersiram. Namun aku pelik dengan perasaanku sendiri, yang cuma marah tanpa disertai ketakutan. Aku memarahi mereka kerana telah membunuh rakan-rakanku. Tidak langsung hadir gerun dalam hatiku bahawa dia bakal menghayunkan pisau tersebut memotong carotid artery dan jugular veinsku. Dan mereka insaf dengan begitu mudah. Tiada langsung sebarang tindakan fizikal yang aku lakukan terhadap mereka.
Lagu Sujud yang dinyanyikan KRU dan Mawi telah membangunkan aku dari mimpi tersebut. Istighfar panjang.
Al-Quran hari ini telah mengajarkan aku:
Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu Qisas berkenaan dengan orang yang dibunuh.(sambungan sehingga akhir ayat) (2:178)
*tidak mungkin mampu aku memegang pimpinan orang muslim, aku hanyalah bidak kecil dalam sebuah perlawanan catur. Namun sungguh, Allah maha mengetahui.
Friday, April 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment