Dalam kepalaku ligat memikirkan daurah yang akan datang dan juga jaulah serta ikram ke atas ibuku nanti. Namun aku hanya menjawab, "Duduk rest kat rumah saja la, kita dah rambut beruban ni camni la". Hilai tawa seketika sebelum beliau menyambung hasratnya.
"Bukan apa la, ni nak mintak esok tolong bawak adik-adik ni", dalam fikiranku pada ketika itu mendefinasikan 'bawak' menurut keadaan masyarakat.
"Nak bawak pi mana?",
"Bawak usrah la", terkedu aku seketika apabila aku mengerti maksud 'bawak' dalam erti kata seorang dai'e.
"Owh, yang petang-petang tu pakcik bawak usrah la ek?".
"Kita bukan apa, dok nampak la budak-budak sekolah tingkatan 4 ni, nampak baguih selalu dok mai masjid. Nampak macam tak tau apa2 ja. Kita ni dulu pernah ikut usrah nak la bawak budak-budak ni bagi depa jadi lagi baguih". Sekali lagi aku tergamam dek pemikiran pakcik ini.
Kompeni-kompeni yang wujud dalam usaha dakwah ligat bermain-main difikiran, lalu aku mengutarakan soalan, "Pakcik ni ikut silibus mana, dulu pernah bawak usrah ka?"
"Kita bukan apa, dulu pernah la ikut usrah ni, kita dapat la manfaat sikit sebanyak dari usrah ni. Pakcik ni bukan la nak kata pernah ikut mana-mana. Kalau nak kata kemas bab usrah ni, pakcik tau la IRC atau JIM, ABIM, ISMA dan macam-macam lagi la. Tapi kita ni setakat yang ada ja la."
Pakcik tersebut meneruskan katanya,"Pakcik nanti kalau boleh, nak bawak usrah ni dalam setiap jabatan kerajaan, pakcik nak mula dengan balai polis dekat ni dulu. Last skali, kalau boleh, pakcik nak bawak usrah kat stesen bas nuh", sambil jari telunjuknya mengarah ke stesen bas yang terletak 3km dari situ.
Aku tidak menyelidik lanjut tentang latar belakang pakcik tersebut, namun visi dan misinya kelihatan seperti begitu jelas dan dia telah mula bekerja, walaupun tanpa jemaah(setakat yang aku ketahui). Aku menolak tawarannya kerana masih lagi dalam jiwa muda ramaja yang masih belum bersedia berkembang belia. Teruskanlah belajar memahami masyarakat kerana masanya akan tiba untuk kita yang masih berada dalam pemikiran seorang remaja untuk memimpin masyarakat suatu ketika nanti. Insyaallah. Moga Allah memberi petunjuk kepadaku dan pakcik tersebut serta anak-anak usrahnya.
Wallahua'lam
2 comments:
mon...jumpe lagi dak pakcik tu lani?
Aku rasa pakcik tu Ikram...ada lak banner ikram depan masjid aku...hu3..kenai pakcik tuh...
Post a Comment