3:45 pagi, Hari Raya Aidil Fitri, Olomouc.
Bangun pagi seperti biasa, blur, baru teringat ada solat-solat sunat yang belum diselesaikan semalam, So Allah dah guide aku untuk bangun solat sunat 9 rakaat kerana telah terbiasa pada bulan ramadan yang lepas. Aku cuma mengharapkan agar aku dapat istiqamah dengan masaku.
4::30 pagi,
Masih ada 15 minit sebelum subuh, aku pun duduk sebentar di meja study. Ternampak teks khutbah hari raya yang bakal dibacakan sebentar lagi. Apabila difikirkan semula, agak berdebar-debar kerana khutbah dibacakan di hadapan pak-pak arab mesir dan pakistan yang faham bahasa arab dan hafal hadis.
"Kalau silap sebut ni mampuih aku", benakku yang bernama Mon berbicara. Lalu aku pun test power, memekak dalam bilik. Moga Allah memberkati usahaku.
Selamat Hari Raya kepada pembaca...suka link ni:
sebagai seorang rakyat biasa, aku paling suka kepada ustaz yang bercakap berasaskan sumber..
Semoga Amalan kita sepanjang ramadan diterima oleh Allah....
Mohon kemaafan atas segala kekurangan dalam diri ini...dan blog yg simple yang tak suka dihias nih...
pss: kepada yang berhutang denganku, aku menuntut..~~..faham2 la kot...
No comments:
Post a Comment