Sunday, May 29, 2011

Sakinah itu milik Allah

Cuma merasakan, bilakah aku akan menjadi lelaki yg lebih yakin dalam menghadapi dunia ini. Membuat perubahan ke atas dunia yg aku akan tinggalkan ini.

Allah, jika Engkau ingin memberi, tiada tgn mampu menghalang, namun jika Engkau menghalang,tiada tangan mampu menghulurkan bantuan.

Ya Allah, Pada-Mu aku serahkan urusan ini. T.T.

Berikanlah kebaikan dimana sahaja ia berada.

Segala nikmat dan kurniaan yang aku perolehi ini dari siapa2 dari kalangan hambaMu, tiadalah dari sapa2 melainkan dariMu Ya Allah. Pada Kaulah kami berserah dan meminta pertolongan.

Lindungilah jua hambaMu yg sentiasa penuh dgn kesalahan ini daripada fitnah dunia, fitnah semasa masih hidup dan mati, fitnah alam kubur dan fitnah Al-masih dajjal.

Sesungguhnya Engkaulah yg maha mengetahui penderitaanku, sayangku ke atas NabiMu ibubapa kurniaanMu dan umat ini.

Aku tidak lain hanyalah insan kerdil yg mahukan kasih sayang dari pencipta langit dan bumi ini. Ampunkan hambaMu ini.

Monday, May 23, 2011

Anak bongsu

Gelak tawa itu tidak salah pada asalnya, tetapi apabila gelak tawa kita telah didasari atas dasar meremehkan seseorang yang lain, gelak tawa itu telah menjadi batil.

Tetapi bagi seorang anak bongsu, dia telah lali menjadi bahan gelakan kakak2 dan abang2 nya.

Mungkin ramai orang suka membeli baju2 baru dan mengenakan pakaian-pakaian baru. Tetapi bukanlah bermaksud anak bongsu tidak sukakan perkara itu. Cuma apabila dididik sejak kecil untuk menerima pakaian2 abang2 dan kakaknya, dia merasakan apalah ada pada jenama dan gaya. Lebih enak lagi pada nilai nostalgik pakaian abang dan kakak2 nya. Dan dia bersabar menerimanya.

Mungkin ramai orang suka bersembang dan berkata-kata serta menghiburkan khalayak, tetapi agak zalim kalau saya pukul rata pada anak bongsu lelaki dan perempuan, mungkin lebih sesuai kepada anak bongsu lelaki. Lazimnya kurang kata-katanya, menghiburkan khalayak itu mungkin ada, cuma bukanlah pada kebiasaannya. Lebih cenderung kiranya untuk anak bongsu ini pada orang-orang yang dikenalinya, seperti mana kakak, abang, ibu dan abahnya secara personal. Lebih kerap rasanya, anak bongsu ini mengkaji tingkah laku orang yang lebih dewasa darinya dan berfikir serta bertanya.

Mungkin anak bongsu ini kelihatan kasar pada perbuatannya, tetapi hakikatnya dia selalu berakhir dengan mengadu secara senyap dengan orang yang rapat padanya. Hatinya cukup lembut dibadai ujian.

Mungkin ramai yang berfikir, mengada-ngada giler anak bongsu ni, manja dan sebagainya. Walhal cukup banyak perkara yang disimpannya secara berseorangan, menanggung segala penderitaan, dengan harapan alam dewasa seperti abang dan kakaknya cepat hadir dalam dirinya.

Dalam pada itu, mungkin anak bongsu boleh tersilap dalam menafsirkan kajian kedewasaan abang dan kakaknya. Kerana selalunya perkara yang tidak enak itu, disorok dari seseorang yang perlu dianggap manja.

Dalam hal pengurusan, anak bongsu mungkin agak gelabah, kerana belum menguasai nilai pemikiran cool dan tangkas dalam berfikir, tidak seperti kakak dan abangnya yang biasa dalam menguruskan adik bongsu ini. Tetapi anak bongsu ini mudah belajar, cuma dia memerlukan masa dan didikan yang cukup lembut, kerana jiwanya walau kelihatan keras, hakikatnya cukup mudah untuk dirobohkan.

Walau apa pun, janganlah  kerana cop anak bongsu, dia dibiarkan berkurung dalam dunianya. Kerana beza anak bongsu, dia suka mengkaji, belajar dan mengajar terutama apabila anak bongsu meletakkan keyakinan hakiki hanya kepada Allah. Tidak dinafikan, kadang-kadang anak bongsu pun pemalas sebab dah biasa segalanya diberi. =P

Hanyalah pendapat, bisa salah dan bisa disangkal.

Wallahua'lam.

Kehidupan itu penuh Keunikan

Dalam kehidupan ini,

Setiap manusia itu, membawa jalan hidupnya yang unik.

Yang mana, seorang manusia, tidak layak dan berhak menafikan jalan hidup manusia yang lain.

Mungkin ada di antara  kita, yang peramah, ramai kawannya, kuat gelaknya, nampak happy je.

Tapi hakikat sebenar, kekosongan yang melingkari hatinya, hanyalah tuhan yang mengetahui.

Tak dinafikan juga, ada juga di antara kita, yang pendiam, tidaklah ramai kawannya, selalu bermuram dan bermasam muka, orang lain tengok pun sedih.

tetapi dia hatinya terasa penuh dan cukup berisi (cliche sgt lak cite cmni)

kerap kali dia emo dengan cara yang tidak boleh diterima dek orang lain mcm baling bola tampar kuat2, tumbuk dinding, buat status2 emo kat FB dan twitter, tinggalkan kumpulan dengan tidak berkata-kata, bermain dengan kasar(dalam permainan yang tidak kasar), lari dari masyarakat, dan sebagainya.

Tetapi, apa pun jenis orang tu, mungkin dugaannya berbeza, dan cara menghadapinya pun berbeza lah. Cuma ada satu cara yang sama untuk menghadapinya, letakkan Allah di hati. Mengakui bahawa Allah telah menentukan kehidupan ini kepada setiap hambanya, dengan cara yang paling unik. Mungkin ada perkara yang kita tak suka ttg hidup, tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin ada perkara yang kita nak sangat2 tapi Allah tak bagi pun, sebab Allah lebih tahu akibatnya ke atas kita.

Hakikatnya, dalam kehidupan ini, pemikiran dan ilmu kita tidak statik. Kita semakin dewasa.

Kita tidak hidup hanya dengan kemampuan bertatih semasa kecil, walhal sekarang kita sudah mampu berlari.

Kita tidak hidup hanya dengan kemampuan untuk mengeja, walhal sekarang kita sudah mampu menghasilkan status FB dan Twitter.

Kita tidak hidup dengan hanya kemampuan untuk mengutuk dan mencaci, walhal kita sudah ada fikiran dan sumber untuk berfikir secara waras dan rasional.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya (13:11)

Sejak dari kecil, kita tidak diajar dengan pemikiran: aku tidak boleh berdiri. Hatta sekarang kita sudah berlari (walau mungkin tidak selaju Watson nyambek ataupun Petra Nabila)
Itulah perkara yang perlu dibuang, iaitu meletakkan halangan dalam melakukan sesuatu usaha. Allah itu Tuhan yang perlu kita minta dan usaha, bukannya hamba, yang kita suruh dan dapat. Tunjukkanlah usaha kita pada Allah SWT dengan sepenuhnya. Pada keputusan itu, milik mutlak Allah, dan bukanlah hak kita untuk mempersoalkan.

Hakikat yang perlu lebih kita akui, dalam hidup ini, kita sentiasa belajar, menerima kesalahan dan kekurangan, serta cuba membetulkannya. Pada Allah lah kita harus berserah diri. Jangan sekali-kali menganggap semua manusia itu sama kotak pemikirannya walau kita berhak untuk menjangka tindak tanduk seseorang tetapi bukan menilainya.

Wallahua'lam.

Friday, May 20, 2011

Sometimes I lose my ability to think. Becoz nothing in mind seems to be interesting, no material, no method, formula of calculation and most important, what to conclude?

Wahai Tuhan, kami berlindung dari kelemahan diri kami, dan janganlah engkau bolak balikkan hati kami setelah diberikan kepada kami hidayah.

Thursday, May 5, 2011

Politik bukan segalanya

Segala puji bagi Allah, saya berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan perbuatan.

Saya kecewa kalau kerajaan memberikan biasiswa untuk rakyat menyokongnya secara membabi buta tanpa usul periksa.

Saya kecewa, kalau ada pelajar yang ada ijazah dalam tangannya, tetapi tidak boleh berfikir antara baik buruk sesuatu perkara dengan membalas budi.

Saya kecewa, kalau kerajaan melihat segalanya  dari kaca mata politik kepartian yang sempit, walhal ada agama yang luas dalam membincangkan idea ini.

Saya kecewa, kalau BTN hanyalah untuk memberitahu kepada golongan muda: sokonglah kerajaan, tetapi tidak mengilmukan golongan muda untuk mempertimbangkan yang mana baik, yang mana buruk.

Saya kecewa, kalau parti pembangkang, melihat kepada segala persengketaan kecil dengan kerajaan, dan menghentam kerajaan tanpa sedikit pun memberi pujian yang hak bagi kerajaan.

Saya suka kalau politik itu memegang kepada nilai yang baik, bukan kepada kepentingan parti atau kebaikan parti semata-mata.

Saya suka kalau Malaysia mencipta pemerintahannya sendiri, berlandaskan kepada yang haq, sesuai dengan kondisi masyarakat Malaysia, daripada mengkiblatkan segalanya kepada negara barat.

Saya suka kalau Malaysia mengambil nilai positif dari barat, dengan tapisan yang teliti berdasarkan keadaan lokal negara kita.

Saya, anak belia biasa, yang punya ribuan idea yang mungkin terhakis ditelan kondisi politik Malaysia yang tidak matang.


Juga kepada kompeni-kompeni dakwah

Nilai itu lebih penting dari kebaikan kepentingan minoriti

Wallahua'lam.