Monday, May 23, 2011

Anak bongsu

Gelak tawa itu tidak salah pada asalnya, tetapi apabila gelak tawa kita telah didasari atas dasar meremehkan seseorang yang lain, gelak tawa itu telah menjadi batil.

Tetapi bagi seorang anak bongsu, dia telah lali menjadi bahan gelakan kakak2 dan abang2 nya.

Mungkin ramai orang suka membeli baju2 baru dan mengenakan pakaian-pakaian baru. Tetapi bukanlah bermaksud anak bongsu tidak sukakan perkara itu. Cuma apabila dididik sejak kecil untuk menerima pakaian2 abang2 dan kakaknya, dia merasakan apalah ada pada jenama dan gaya. Lebih enak lagi pada nilai nostalgik pakaian abang dan kakak2 nya. Dan dia bersabar menerimanya.

Mungkin ramai orang suka bersembang dan berkata-kata serta menghiburkan khalayak, tetapi agak zalim kalau saya pukul rata pada anak bongsu lelaki dan perempuan, mungkin lebih sesuai kepada anak bongsu lelaki. Lazimnya kurang kata-katanya, menghiburkan khalayak itu mungkin ada, cuma bukanlah pada kebiasaannya. Lebih cenderung kiranya untuk anak bongsu ini pada orang-orang yang dikenalinya, seperti mana kakak, abang, ibu dan abahnya secara personal. Lebih kerap rasanya, anak bongsu ini mengkaji tingkah laku orang yang lebih dewasa darinya dan berfikir serta bertanya.

Mungkin anak bongsu ini kelihatan kasar pada perbuatannya, tetapi hakikatnya dia selalu berakhir dengan mengadu secara senyap dengan orang yang rapat padanya. Hatinya cukup lembut dibadai ujian.

Mungkin ramai yang berfikir, mengada-ngada giler anak bongsu ni, manja dan sebagainya. Walhal cukup banyak perkara yang disimpannya secara berseorangan, menanggung segala penderitaan, dengan harapan alam dewasa seperti abang dan kakaknya cepat hadir dalam dirinya.

Dalam pada itu, mungkin anak bongsu boleh tersilap dalam menafsirkan kajian kedewasaan abang dan kakaknya. Kerana selalunya perkara yang tidak enak itu, disorok dari seseorang yang perlu dianggap manja.

Dalam hal pengurusan, anak bongsu mungkin agak gelabah, kerana belum menguasai nilai pemikiran cool dan tangkas dalam berfikir, tidak seperti kakak dan abangnya yang biasa dalam menguruskan adik bongsu ini. Tetapi anak bongsu ini mudah belajar, cuma dia memerlukan masa dan didikan yang cukup lembut, kerana jiwanya walau kelihatan keras, hakikatnya cukup mudah untuk dirobohkan.

Walau apa pun, janganlah  kerana cop anak bongsu, dia dibiarkan berkurung dalam dunianya. Kerana beza anak bongsu, dia suka mengkaji, belajar dan mengajar terutama apabila anak bongsu meletakkan keyakinan hakiki hanya kepada Allah. Tidak dinafikan, kadang-kadang anak bongsu pun pemalas sebab dah biasa segalanya diberi. =P

Hanyalah pendapat, bisa salah dan bisa disangkal.

Wallahua'lam.

No comments: