Tuesday, July 21, 2009

Manusia berhadapan dengan masalah bahasa dan tafsiran

Perkara yg subjektif
Mungkin ini masalah manusia dalam beragama
Dalam menjalani sistem kehidupan yang berobjektif
Dan periringan antara keduanya

Toleransi
Aku tak pernah memahami maknanya
Selain hanya sekadar secebis alasan yang membolehkan manusia itu bervariasi
Dalam sisinya yang entah dimana pangkal dan hujungnya

Apa mungkin Allah membiarkan kecelaruan ini
Tidak
Kitalah manusia yang punya kesempatan ini
Jangan biar mata kita dicelak

Kenali setiap elemen disekitar kamu
Elemen kamu
dan Allah, Tuhan kamu

Monday, July 13, 2009

Aku hanyalah
Pencari Galah
Yang mengalah
Pabila Lelah

Jangan Sekali anda mengalah
pabila kekalahan itu mula beralah
dan kemenangan itu mula terserlah
melalui setiap ruas galah

*perjalanan kehidupanku telah ditentukan Allah dan kau tiada perlu bersedih kerana pengetahuan Allah melebihi segalanya.
*Tiada perlu kau putus asa dengan usahamu kerana kamu adalah insan yang bersyukur
*Galah itu satu lorong yang ruasnya ibarat setiap perjalanan hidupmu yang perlu kau tempuh untuk sampai ke puncak tertinggi.

Apologi kepada golongan tidak berfikir dan tidak mengambil teladan. Anda mungkin tidak memahami nukilan ini

Tuesday, July 7, 2009

Demi Keredhaan Mu Ya Allah Tiada Patut Ku Merasa Aman

Dalam sekelip mata
Hatiku telah Allah keraskan
Susah sekarang untuk aku mengangis
Mahupun bangun Subuh berjemaah

Ya Allah
Dengarlah rintihan hambamu ini
Aku Mahukan kasih sayangMu
Yang engkau janjikan Iman kepadaku

Ya...Mungkin inilah jalannya yang engkau tetapkan kepadaku
Namun aku masih yakin Kau punya gaya yang paling Hebat
Dan Jalan ini adalah jalan yang paling best yg engkau berikan kepadaku
dan dalam sekelip mata engkau membenarkan aku menitiskan air mata
tatkala tinta ini belum selesai...ku ung..kap...kan