Tuesday, November 15, 2011

Memohon dari Allah perbuatan yang baik, kerana perkara baik tidak semestinya mudah.

Ya Allah, aku meminta daripadaMu perbuatan2 yang baik, dan meninggalkan perkara2 mungkar, dan sayang kepada orang2 miskin, aku memohon agar Engkau mengampunkan daku dan kasihan kepadaku. Apabila Engkau mengkehendaki untuk menurunkan fitnah (ujian yang menggugat agama, pegangan dan pendirian dalam satu kaum, matikanlah aku ini dan tidak terkena fitnah. Aku memohon daripadaMu cintaMu, aku memohon daripadaMu cinta orang-orang yang mencintaiMu dan cintakan kepada amalan yang mendekatkan aku kepada kecintaanMu.

Source:

http://www.youtube.com/watch?v=1nuYRv-b54A&feature=colike

Kalau perbuatan baik itu mudah, mengapa masih ramai yang susah berlaku baik? Walau sekadar mengangkat sampah kering di jalanan mahupun senyum kepada orang yang kita jumpa, memerlukan hidayah Allah untuk ia berlaku.

Orang selalu quote doa Nabi Daud pada bahagian terakhir doa ini, tetapi saya lebih suka kalau quotation itu dihabiskan dalam hadis Nabi SAW ini iaitu doa agar kita cintakan amalan yang mendekatkan kita kepada kecintaan Allah.  Dilengkapkan lagi dengan bahagian awal hadis yang memasukkan sekali doa supaya kita meninggalkan perkara2 mungkar.

Alhamdulillah, hanya berdasarkan pandangan kasar sekarang ini, dakwah sudah tersebar hampir meluas malah ke dalam AIM18 baru2 ini. Walaupun ada beberapa kekurangan, tetapi lihatlah kepada perkembangan itu jika diukur dalam jangka masa mungkin 20 tahun, dengan kadar yang konsisten, saya tidak hairan kalau AIM mungkin akan bertukar kepada majlis ala2 International Islamic Peace Confrence di Mumbai pada tahun 2009. Moga aku dan sahabat2 terlibat dalam proses transformasi ini.

Alhamdulillah kerana kebelakangan ini juga ada beberapa transformasi individu berlaku. Pastinya ia tidak berlaku secara ajaib semata-mata. Ada usaha yang perlu dilakukan, ada perkara yang perlu dikorbankan, ada beberapa orang yang perlu diuji. Untuk ia mencapai transformasi masyarakat bukannya kerja dalam jangka masa 6 tahun, tetapi skop waktu yang lebih luas. Telah Allah terangkan, manusia itu terlalu gopoh. Mungkin aku terlalu gopoh dan tidak teratur.

Ada juga kedengaran beberapa berita sedih, ujian2 besar yang menimpa beberapa sahabat dan rakan2 yang junior mahupun senior. Ada kes yang melibatkan nyawa si kecil. Apabila aku memikirkan, andai aku berada di tempat si ibu, membawa kandungan, mungkin aku tidak mampu menanggung bebanan tersebut. Tetapi yakin bahawa Allah tidak memungkiri janjinya yang mana Allah tidak akan membebankan seseorang dengan bebanan yang tidak mampu ditanggungnya. Hakikat kehidpan insan, tidak hanya menjadi makin tua, tetapi insan perlu belajar dalam setiap tahapan kehidupannya, untuk menghadapi tahapan yang seterusnya. Keperitan hidup ini membuatkan kita sentiasa dalam keadaan belajar untuk menyelesaikan dan menghadapi masalah.

Moga anak yang gugur itu, bakal memimpin tangan ibu bapanya ketika di syurga nanti. Apabila dengar ungkapan ini, terasa indah pula ujian dunia ini terhadap kesannya di akhirat. Moga akhi dan ukhti terus sabar dan tidak putus asa dengan rahmat Allah. =)

Brown idea--->xteratur langsung.

Wallahua'lam. =P