Wednesday, March 30, 2011

Fikiran

Ligat berputar
Ibarat blender kosong
Ada air dan kordial
Bila la nak masuk bawang ngan halia
baru ada rasa
Kena la pegi beli dulu

7 naga datang menjengah
sekaligus, sekali menerpa
3 burung datang hinggap
ini tunjuk arah selatan, dan itu barat, satu jatuh melentang atas tanah

Seorang penghunus ilmu menghampiri
Bertanya: Apa pula pendapat kau
Setelah aku selesai menelusuri tembok pemisah
Meninjau pemanah dan tentera sokongan

Aku terlalu abstrak dalam menakalkan masalah dan rintihan yang aku alami
Yang aku sendiri akan lupa suatu hari nanti
Bahawa aku pernah menumpahkan air di tebing berumput
disaat mana tertadahnya dua pohon palma

Aku nak tidur, kembali...dan aku ingin matikan blender tu, masuk dalam freezer

Hanya orang yang sayang yang tertanya-tanya, apakah maksud semua ini? Tetapi Allah telah terlebih dahulu mengetahui.

Tuesday, March 15, 2011

Baik

Tidak aku mendoakan kebaikan untuk diri sendiri melainkan setelah aku sebut beberapa nama yang dekat dengan hati aku...

Tidak pernah aku meminta, ya Allah, baikkanlah aku di mata masyarakat melainkan setelah aku doakan agar kebaikan aku yang seciput ini memberi rahmat kepada manusia sekitarku...

Ya, Allah, jauh untuk aku mengidamkan kehidupan dunia yang istimewa, tetapi apa yang engkau berikan lebih dari idaman aku, dan jauhlah kiranya diri ini dari perasaan bongkak dan angkuh yang telah melingkari Firaun.

Tiadalah manusia yang lebih aku risaukan selepas Nabi SAW, Ibu bapaku, sahabat terdekat melainkan seseorang yang bakal menjadi teman hidupku. Ya Allah, berikanlah hidayah menutupi segenap auratnya dan cantikkanlah dirinya dengan ibadah.

Sungguh, hambamu ini insan biasa yang menginginkan kepada pasangan. Jauhkanlah kiranya mungkar kepadaMu itu datang mendekati diriku.

Tiadalah jiwang aku ini lebih kepada manusia lebih dari Tuhanku yang esa

Allah...

Monday, March 14, 2011

Percubaan melagha satu malam

Simply rasa xtenang, dan bukan diri aku....

Tapi simply, semua manusia boleh tergelincir...

Tambah-tambah, apabila yang tergelincir itu, orang yang pernah kenal dakwah...

Pernah kenal erti kebenaran...

Secara lumrah, masyarakat yang dahulu pernah dia seru, masih xberubah...

Tambah-tambah lagi mengutuk si mamat nih...dan AGAMANYA secara halus

Walaupun islam itu agama anutan masyarakat itu juga...

Manusia sering dilitupi dengan rasa ingin menangnya...

Jarang sekali melutut menangis mengakui kesilapannya...

Buang ego ke tepi, bersama saling menegur ke arah kebenaran...

T.T

Moga dijauhkah Allah dari fitnah masyarakat yang xpernah setuju...

Monday, March 7, 2011

SASER dan ultimate hidayah dari Allah

Mungkin ada kawan2 yang pernah dengar cerita nih, cerita seorang lelaki yang cukup tenang dalam menghadapi fitnah dunia. Fitnah di sini dalam erti kata ujian dan dugaan, bukanlah fitnah pada definisi masyarakat melayu.

Kepulangan bermalam terakhir sebelum SPM - Lelaki ini bergegas mendapatkan kereta untuk dihantar bonda ke stesen bas, sebelum kembali ke medan perjuangan di seremban. Lelaki ini teringat, ada sesuatu yang lelaki ini terlupa. Lalu lelaki ini memberhentikan ibunya, bergegas ke dalam rumah kembali, mendapatkan tangan bapanya untuk dicium dan memohom maaf sebelum melangkah ke medan perjuangan. Dan terdetik di dalam dada lelaki ini, "Ini mungkin kali terakhir salam ini, Allah, aku redhakan ya Allah andai engkau takdirkan." Ayahanda yang seperti biasa dalam keadaan sihat walafiat mendapatkan rehatnya sambil zikir yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Dan aku tertanya-tanya, what kind of force that he get to say those things all the time? Waima, lelaki ini bukanlah jahil.

24 November 2006 - Lelaki ini singgah di surau seperti biasa, meneruskan rutin hariannya selepas makan di Dewan Selera seperti biasa, kemudian membuka lembaran-lembaran suci, dan membacanya seperti biasa, cumanya ada sedikit rasa hati yang agak menusuk, terasa sedih secara tiba2 tanpa memahami maksud  Al-Quran itu sedikitpun, lalu mengalirkan air mata. Dan hati lelaki tersebut bermonolog: Ya, Allah, apakah kiranya ujianku kali ini tatkala aku menghadapi SPM, dengan kertas EST baru sahaja diselesaikan sebentar tadi. Solatnya lelaki ini membasahi segenap karpet surau yang berwarna hijau itu. Hampir sahaja orang disebelah ingin bertanya apakah sebab kesedihan ini, namun dimatikan niatnya kerana minggu-minggu exam masih berbaki kira-kira 10hari.

Waktu di antara kedua tarikh ini - Lelaki ini menghubungi bondanya, seperti biasa, banyak perkara yang seorang anak lelaki mahu perkatakan kepada ibunya berkaitan peperiksaan yang sedang berlangsung, bagaimana gahnya anak jantannya ini mencantas segala soalan-soalan ganas SPM berbekalkan ketajaman ilmu asuhan guru-guru dedikasi SASER. Sungguhpun begitu, kedengaran suara bonda yang kurang bersemangat seperti sebelumnya. Begitu perlahan dan seperti sedang mengalami selsema mungkin. Lelaki ini menceritakan pula tentang rancangannya untuk bercuti bersama rakan-rakan di Pengkalan Balak, Melaka. Tetapi, bonda berpesan, habiskanlah exam tu dulu, pastu tengok la cemana. Habis selesai perbualan bonda-anakanda, lelaki ini terjelepuk di kerusi kantin, risau kalau bonda tidak sihat, atau mungkin sesuatu yang lebih dahsyat sedang terjadi di bumi mutiara.

4 Disember 2006 - Pagi dimulakan dengan semangat, untuk menghabiskan mehnah terakhir bernama biologi, subjek kegemaran , di atas dorongan rakan-rakan yang selalu melibatkan lelaki ini dalam perbincangan tentang susun atur hormon dan soalan-soalan killer dari past year . Kerap kali lelaki inilah yang menjadi penghurai kitab biologi berwarna biru itu. Oleh itu lelaki ini amat yakin mampu menghadapi apa jua serangan dari 3 pencabar dalam bidang itu. Pada jam 3.30 petang, setiap dari kami countdown masa detik-detik putera-putera harapan negara ini bakal bebas dari mehnah bernama SPM. Lelaki ini pun turut serta terlibat seronoknya. Dan seronoknya bukan kepalang. Tidak cukup dengan satu kelas, kelas-kelas lain diserbunya untuk bertanyakan soalan dan berlagak dengan jawapan yang diberi. Memang jantan sungguh lah lelaki ini.

          Ketika di kelas Theta, bergembira, bergemalah pembesar suara, memanggil nama lelaki ini ke bilik pengetua. Agak terkejut lelaki ini kerana tidak pernah pun lelaki ini singgah ke bilik itu sebelum ini. Rakan-rakan juga hairan kerana lelaki ini bukanlah jenis suka kipas pengetua. Lelaki ini berlari, agak cemas dalam keadaan terpinga-pinga, tetapi masih kelihatan ketenangan itu. Daun pintu ditolak dengan penuh adab dan hati-hati. Melihatkan 2 lelaki lain sedang mendepani satu sama lain. Lelaki lain itu adalah Pengetua sendiri dan abang kepada lelaki ini. Agak menghairankan, apakah salah lelaki ini sehingga begini serius sekali keadaanya.

Selepas bersalaman, pengetua memulakan celoteh, "Uish, ini orang kuat surau ni!". Lelaki ini: Errr...(monolog: aku bukannya kaum kerabat BADAR pun, kuat kat mananya), ada apa masalah nih? Pengetua membalas,"Ni nanti ada nak buat trip lepas ni dengan kawan-kawan kan? Lelaki ini, "haa, memang pun, pasaipa? masalah kat mana?" Lalu abang lelaki ini yang berada di kerusi sebelah memulakan bicara, yang agak meremangkan bulu roma lelaki ini, kerana tidak pernah abang ini bersifat begitu sentimental terhadap adik-adiknya. Selalunya abang lelaki ini bersifat kasar untuk mengajar kebanyakan adik-adik lelakinya erti kejantanan. "Abang dan keluarga lebih risaukan pelajaran anak bongsu kami ini, sebab tu kami rahsiakan dalam masa 10 hari ini dari pengetahuan hang. Harap hang tak marah dan boleh terima berita nih. (dengan nada mula kelihatan sedikit sendu) ABAH dah TAK DAK!" Usai abang lelaki ini memeluk lelaki ini dan abang lelaki ini terus menangis. Lelaki ini yang menenangkan abangnya. Tiada walau setitis air mata menyelinapi dari kelopak mata lelaki ini, cukup tenang menerima berita yang tidak disangka.

"Mama cerita sejak sebelum abah pi tuh, abah selalu sebut nama hang, bila nak balik, bila nak balik. Tak lama lepas tu abah tanya lagi iman dah balik dah, dah abis periksa dah?" Lelaki ini masih lagi dengan senyumannya yang berbaur sedikit kelat mungkin kerana sedang memikirkan reaksi yang patut dia berikan. Bukanlah reaksi lelaki ini melambangkan lelaki ini tidak sayang akan Ayahandanya, tetapi kerana memikirkan hala tuju ayahnya di akhirat seperti cerah dengan amalan-amalan yang diperhatikan lelaki ini.

Selepas abang lelaki ini sedikit reda, barulah lelaki ini bertanya sebab musabab kemangkatan ayahandanya. Abang lelaki ini memberikan telefon bimbit kepada lelaki ini dengan sedang dihubungi 'Mama Rumah'. Mama sedang dalam keadaan yang cukup tenang bercakap dengan anaknya, tidak seperti panggilan yang sebelum ini. Bonda tahu anak lelakinya ini telah diajar dengan rasional, dan bonda menggunakan rasional yang cukup kuat untuk meyakinkan lelaki ini, tetapi anak lelakinya ini tidaklah langsung pun merasa marah dengan keputusan yang diambil oleh musyawarah usrahnya.

   Lelaki ini masih tenang, berpelukan dengan pengetua selepas sedikit nasihat ditaburkan. Barulah aku sedari, pengetua yang di atas pentasnya berucap dengan begitu sentimental, tidaklah begitu sentimental secara personal. Watak-watak songsang ditunjukkan pada hari itu, watak-watak yang mewarnai kehidupan lelaki ini. Bergegaslah pulang lelaki ini ke dorm A204 untuk mendapatkan barangannya sementara abang lelaki ini menunggu dibawah. Rakan-rakan se-dorm lelaki ini yang pada ketika itu sedang menggila meraikan 'Hari Kebebasan' berhenti sebentar bertanya kes apa pula sampai ke bilik pengetua nih. Lelaki ini menjawab dengan tenang, "bapa aku telah meninggal 10 hari lepas, so aku kena balik nih jumpa dengan mak". "Bapa ko meninggal?! sabar ___, sabar". "Aku ok je la, lagipun tak de lah nak sedih sangat sebab bapak aku dah jumpa kehidupan yang abadi yang lebih baik menyahut seruan tuhannya, korang janganlah sedih-sedih sangat ek aku tak dak malam nih". Langsung rakan-rakan beredar kerana tidak sukakan keadaan merebak menjadi semakin sedih. Melihatkan lelaki ini yang tenang, rakan-rakan yakin lelaki ini mampu untuk menguruskan emosinya dengan baik.

SASER pun ditinggalkan dengan keadaan yang secara logik akalnya, amat menyedihkan. Hidayah Allah itu mencipta keajaiban yang amat hebat. Dan lelaki ini sedang aku cari kembali dalam kotak-kotak pemikiran lamaku. Lelaki yang tenang menyampaikan emosinya dalam keadaan yang sepatutnya begitu huru hara. Dengan sujud terakhirnya ketika di SASER itu mengharapkan anak yang bakal lahir dari zuriatnya mewarisi kecekalan itu. Kecekalan untuk tidak takut berhadapan dengan sebarang dugaan kerana yakin bulat pada Allah.

Ya Allah, kembalikan lelaki ini dengan keyakinan yang lebih hebat.


Saturday, March 5, 2011

Nazar, botak, rambut

Bernazar adalah dengan bermaksud untuk melakukan perkara-perkara baik yang membolehkan kita taqarrub dengan Allah. Bukan dalam perkara memudharatkan
Ada seorang sahabat bernama Abu Israel(xtaw la ejaan betul ke x), memberitahu nabi SAW bahawa dia bernazar untuk berjemur tengah panas, nabi kata jangan, kemudian sifulan ini berkata saya ingin berpuasa, nabi kata teruskan.

Dalam kes ni, botak kepala xkira la sebagai satu nazar. Tp kalau merasakan botak kepala tu membuatkan kita rasa lebih dekat kepada Allah, silakan. 

Namun begitu, Nabi SAW tidak pernah mencukur rambutnya melainkan dalam haji dan umrah. Oleh itu muslim digalakkan menyimpan rambutnya, tapi pastikan dalam keadaan kemas dan bersih. Other mean kalau rambut panjang nampak serabut gak, kena gak potong.

Nabi juga melarang kita membotakkan sebahagian kepala dan membiarkan sebahagian yang lain.

wallahua'lam

*sumber: mafhum hadis

Thursday, March 3, 2011

Matang vs Nafsu

Kematangan untuk berfikir tidak mampu pun mencantas pertumbuhan nafsu...tanpa nas dan yakin bahawa Allah sentiasa memerhati...

Mata Melirik, Hati berlagu, Jiwa bergelora...