Thursday, September 30, 2010

Ekstrimis

Aku ada tendency untuk menjadi ekstrim, dan aku tak suka keadaan ekstrimis aku dari pandangan masyarakat.

Jadi aku cantas segala tunas-tunas ekstrimisme, walau tunas itu cantik.

Monday, September 13, 2010

Jalan ini

Ada masa manusia akan tersasar jauh...
Manusia itu dan persekitaran
Yang bakal mengubah
Dengan izin dari Tuhan penguasa alam...

tidak patut bagi umat yang yakin ini berdiam lagi dengan iman persendirian
Ayuhlah bangkit menentang kebencian
Menentang penghukuman oleh bangsa tidak layak
Penentangan ini dengan senyuman dan jabat tangan

aku muslim yang mencemuh diriku lebih dari seorang pencuri, seorang korup, seorang penzina, seorang pendusta, seorang munafik, seorang pemungkir janji
Walau sedikit sekali aku terfikir akan melakukannya
Kerana aku pembenci perbuatan dikutuk Tuhanku
Dan aku tidak pernah berpuas hati dengan kebaikan diriku yg secebis.

Thursday, September 9, 2010

Raya, nervous...

3:45 pagi, Hari Raya Aidil Fitri, Olomouc.
   Bangun pagi seperti biasa, blur, baru teringat ada solat-solat sunat yang belum diselesaikan semalam, So Allah dah guide aku untuk bangun solat sunat 9 rakaat kerana telah terbiasa pada bulan ramadan yang lepas. Aku cuma mengharapkan agar aku dapat istiqamah dengan masaku.

4::30 pagi,
   Masih ada 15 minit sebelum subuh, aku pun duduk sebentar di meja study. Ternampak teks khutbah hari raya yang bakal dibacakan sebentar lagi. Apabila difikirkan semula, agak berdebar-debar kerana khutbah dibacakan di hadapan pak-pak arab mesir dan pakistan yang faham bahasa arab dan hafal hadis.
"Kalau silap sebut ni mampuih aku", benakku yang bernama Mon berbicara. Lalu aku pun test power, memekak dalam bilik. Moga Allah memberkati usahaku.

Setelah test power, aku still rasa berdebar...Fahimy berbisik: Biasa la tuh jang, first time...

Selamat Hari Raya kepada pembaca...suka link ni:

sebagai seorang rakyat biasa, aku paling suka kepada ustaz yang bercakap berasaskan sumber..

Semoga Amalan kita sepanjang ramadan diterima oleh Allah....

Mohon kemaafan atas segala kekurangan dalam diri ini...dan blog yg simple yang tak suka dihias nih...

pss: kepada yang berhutang denganku, aku menuntut..~~..faham2 la kot...