atau (keadaan orang-orang kafir) seperti gelap-gelita di lautan dalam, yang diliputi oleh gelombang demi gelombang, di atasnya ada lagi awan gelap. Itulah gelap-gelita yang berlapis-lapis. Apabila dia mengeluarkan tangannya hampir tidak dapat melihatnya. Barang siapa tidak diberi cahaya oleh Allah, maka dia tidak mempunyai cahaya sedikitpun.Timbul pertanyaan, apakah yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah berkaitan dengan keadaan lautan dalam yang tiada cahaya? Atau mungkin kalau didengari oleh orang musyrikin Mekah dahulu, mereka cuma membayangkan keadaan kekafiran yang cuba didiskripsikan oleh Muhammad S.A.W. itu dibandingkan dengan keadaan apabila mereka berada pada kedalaman yang cuma 2-3meter pada malam hari.
Namun, mana-mana pandangan pun adalah seperti tepat dan betul.
Sekiranya pada penafisran lautan dalam, dalam dunia hari ini, yang didefinisikan pada kedalaman 1800meter di bawah permukaan laut, hanya dijumpai berdasarkan kajian yang bermula 1960-an. Melihat kepada geografi tanah arab, laut yang paling dekat dengan Mekah adalah Laut Merah yang mempunyai kedalaman purata 490meter yang tidakpun menepati ciri lautan dalam. Apakah mungkin Nabi Muhammad S.A.W pergi ke lautan Atlantik untuk mengkaji tentang perkara ini? Ini merupakan salah satu dari hujah-hujah yang menolak dakwaan bahawa Baginda S.A.W. menulis kitab ini dan berpura-pura tidak tahu menulis dan membaca.
Sebagai Muslim, bukan ini nilai Al-Quran yang semata-mata kita lihat dari sudut sains, namun dari pelbagai sudut yang lain, Al-Quran punya banyak mukjizat bagi orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah. Salah satu asbab yang paling mudah untuk hidayah adalah kita mencari ilmu dunia dengan hati menambat pada dahagakan ilmu akhirat. Berfikirlah. Sungguh amat mudah untuk mendapat asbab hidayah, walau hidayah mampu sampai kepada kita tanpa asbab sekalipun.
Saya bukanlah seorang yang bertauliah untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran. Oleh itu sebarang penulisan berkenaan ayat ini hanyalah pendapat-pendapat tanpa hujah yang kukuh. Wallahu'alam