Wednesday, December 26, 2012

Timbangan kebenaran

Kebenaran ditimbang dengan 3 perkara:
1. Al-Quran
2.Hadis
3.Sunnatullah alam

*ramai yang menggelarkan diri mereka pejuang islam cakna dengan Al-Quran dan Hadis, tetapi tak dinafikan ada yg terlupa atau tidak mengendahkan sunnatullah alam.

Teguran ikhlas dan suci

Mungkin kerana menjadi dai'e itu, mereka terlalu sibuk dengan urusan mad'u dan ilmu sehingga tak sempat solat jemaah. Masjid hanya tinggal untuk orang-orang yang mereka katakan a'bid yang mereka juga katakan tidak setapak pun keluar mendatangi manusia untuk berdakwah, golongan yang hanya bermain-main dengan ibadahnya. Mereka seolah mengatakan; kami ini keluar berjihad, namun tidak kamu yang terperuk diantara 7 dinding, 3 daun pintu dan beberapa anak tangga ini. Ya, mereka itu baik orangya dimata aku, cumanya ada yang tidak kena aku fikir, mungkin. Aku hanya melakukan penilaian setempat yang mungkin membatasi ufuk pandangan.
-Teguran ikhlas dan suci, 2012, Olomouc, Mon-