Friday, March 12, 2010

Hakikatnya aku hanya memerhatikan!!!

Aku pergi ke atas sebuah bukit

Lalu melihat Olomouc dari atasnya

Aku nampak masjid bersepah

Pada rekabentuknya, bukanlah pada zatnya


 

Aku lihat manusia boleh hidup tanpa arah

Tanpa Allah

Aku bertanya kembali, benarkah mereka ini manusia

Tidak mustahil kerana aku pun pernah dan kerap saja lupakan Allah

Astaghfirullah


 

Aku lihat bayi comel, disorong ibunya

Kecomelan yang tidak boleh diterangkan dengan kata-kata

Tapi pada masa yang sama aku merasa kasihan

Dan sedih

Kasihan kerana biarlah secomel mana pun bayi tersebut

Tanpa islam, tidak berguna kecomelan tersebut

Sedih kerana aku hanya mampu mendokan keislaman bayi tersebut pada masa depan


 

Aku lihat lagi, dan kali ini aku tertawa

Gelagat rakan-rakanku

Yang tidak kurang tambah berada dalam keadaan tidak mengingati dan berzikir

Aku tarik senyuman dan tawaku

Bukan kerana aku antisocial

Tapi aku takut kalau dalam tawaku, aku mati

Habis tu, kalau mereka mati?

Tanda imanku tiadalah lengkap


 

Aku lihat lagi, kali ini dengan kekenyangan dalam kelaparan

Kerana ada sebuah kedai makan Islam yang Halal di tgh Bandar Orang ini

Tapi dia jual Arak dan beer

Dan hatiku hanya mampu berdoa, ya Allah, berikanlah hidayah kepada mamat ni sekeluarga


 

Tapi hakikatnya, aku hanya melihat…dan berfikir…kemudian menangis

Dan aku ulangi rutin yang sama setiap hari

Aku zikirkan namamu ya Allah

Dalam setiap jalan yang aku lalui di Bandar Olomouc ini

On how did You gave Saad bin Abi Waqash an ability to speak and told to those Chinese people that the God is One

I hope that Allah allow me to do the same to these Czech people

Hidayah is yours, Allah.

No comments: