Aku tidur seperti biasa pada malam itu, cuba menyilangkan kaki dan berfikir bagaimana tidur secara sunnah itu mampu mampu mengelakkan dari sakit jantung. Mungkin hal ini memerlukan kajian lanjut kerana hanya fikiranku. Dan silangan kaki itu aku leraikan kerana masih lagi tidak biasa. Selesa dan aku lelap ke dalam alam tidur. Belum mimpi rasanya.
Setelah gelombang otakku mencapai tahapnya, aku tersedar, berada dalam satu konvensyen. Aku bertanya pada diri, apa kejadahnya aku disini. PA system dihujung jemariku. Aku melayan nafsuku ke atas mesin tersebut(kelihatan kasar pula).
Setelah lama, baru aku sedari, yang berada dihadapan aku adalah Barack Obama, Hu Jintao, Vladimir Putin, King Abdullah bin Abdul Aziz dan ramai lagi yang kebanyakannya dari Negara berkulit putih. Mungkin ada seorang atau dua yang mencorakkan warna-warna kulit yang lain. Kelihatan seperti mereka sedang menunggu sesuatu.
Aku sudah tidak ingat bagaimana kronologi yang membolehkan aku menerjah ke atas pentas. Yang mana tatkala sebelum itu aku telah ditahan oleh rakan-rakanku dari menuju ke rostrum. Dan aku berdiri dihadapan itu tanpa rasa gugup, tetapi pelik, kerana aku dapat rasa aku perlu mengatakan sesuatu, tapi tidak dapat dijelmakan secara perkataan.
Aku teringat, akan pesan Nabil Aiman: "Cakap je dengan cara yang kau rasa apa yang perlu kau cakap". Lalu aku memulakan ucapan. Aku menyeru kepada keamanan dan menyampaikan tentang hakikat islam secara penuh semangat. Semangat yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini, tetapi sedikit pelik, kerana semangat itu tidak dihadiri dengan rasa hidup.
Aku lihat muka mereka masam. Mungkin kerana mereka akan kehilangan segala sumber ekonomi haram mereka yang berasaskan riba, arak, judi dan rokok. Atau mungkin kerana aku terlalu keras dalam ucapanku yang secara langsung menyebut setiap kesalahan dunia yang terkena setiap pemimpin dunia tersebut.
Lumrah dunia kemudian berlaku, aku diseret pasukan keselamatan. Namun, Cuma dihadapan pentas, kemudian aku dibebaskan. Aku memanjat tangga dibelakang pentas dan naik ke atas. Ada satu liqa' di situ. Aku tidak dapat mengingati secara detail siapa di dalam liqa mahupun apa pakaiannya. Pada saat aku duduk, cahaya subuh dari tingkap membangunkan aku. Lagi 10 minit nak habis subuh!!!!astaghfirullah..
Aku tidak meminta langsung untuk menjadi seorang pemimpin dalam sebuah Negara mahupun bercakap dihadapan pemimpin-pemimpin dunia. Ya Allah, elakkan aku dari memegang tanggungjawab yang penuh dengan dosa. Namun sekiranya itu ketetapanmu terhadapku, kurniakanlah kekuatan kepadaku untuk menghadapi tentangan hamba-hambamu yang masih belum beroleh hidayah dan jemaah yang benar yang mampu menegur setiap tindakanku.
No comments:
Post a Comment