Wednesday, June 16, 2010

Immortalize Army

Sungguh, pada dalam diriku dikurniakan satu kekerasan.

Pada kekerasan itu aku umpamakan seperti barisan-barisan tentera yang sedang berada di medah perang.

Alhamdulillah, barisan tentera ini jika diletakkan pada zaman Khalifah masih wujud, bukanlah pada zaman yang mana seorang budak menangis pada bapanya, tatkala bapanya tidak memberikan hamba perempuan kepadanya.

Dan inilah barisan-barisan tentera yang tegar dalam solat, menunaikan zakat dan berpuasa pada kesekian harinya. Mengharapkan agar barisan tentera ini terus bertahan sehingga berjumpa dengan Barisan-barisan tentera dari armada yang lain.

Namun, barisan tentera ini tidak sesekali shahid, kerana ia bakal diwarisi oleh hanya insan yang layak. Hilangnya barisan tentera ini, maka itulah alam kubur yang menantiku.

Darah dan daging musuh bukanlah kepuasan tentera ini, kerana musuhnya tidak berdaging dan berdarah. Kepuasan Allah itu yang hakiki.

No comments: