Apakah kita tidak mengambil pelajaran yang baik dari penubuhan negara kita yang bernama Malaysia hari ini?
Ya, ada sejarah hitam bagi yang mengetahui, dan sejarah putih jangan kita pandang sepi.
Laksana orang-orang cina, walau berbeza pandangan politik, apabila hadir kepada sesuatu masalah yang memerlukan kepada kebersamaan, politik ditinggalkan diluar rumah, persisnya politik itu kasut.
Kita hanya berbeza fikrah, apa fikrah itu kita nak jadikan benteng penahan idea, mencipta satu ruang yang kita rasakan selesa tanpa idea kita dicabar?
Ya, mungkin kerana pandangan aku daripada perspektif seseorang yang bergelar pengikut. Oleh itu aku agak bias.
Selagi mana umatku memandang satu fikrah yang lain itu salah, aduh, we are still declining in strength.
Hormatilah perbezaan dan janganlah kita memulaukan antara satu sama lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment