Saturday, August 7, 2010

Kisah Sikh (Sumber:Ust Maszlee)

Tersebutlah kisah, seorang sikh yang sedang beribadat kepada tuhannya. Dia sangat tekun beribadat sehinggakan orang ramai mengangkatnya sebagai seorang yang sangat 'alim'. Lalu si sikh ni pun bertambahlah pengikutnya dari hari ke hari.

Pada suatu hari, ketika pengikutnya sedang ramai., nak dijadikan cerita, hadir seekor kucing yang menggangu per-sembahan-nya. Lalu, untuk mengelakkan kucing tersebut mengganggunya dan pengikutnya, dia pun mengikat kucing tersebut di sebuah tiang.

Dan setiap kali sembahyangnya sikh tersebut, hadirnya kucing tersebut, dan untuk ke sekian kalinya kucing itu terus diikat. Berlalulah zaman berganti zaman, daun luruh diganti daun baru, bersilihnya sejuk dan panas, hujan dan guruh. Ditakdirkan, sikh tersebut mati dalam keadaan ke-sikh-annya.

Disebabkan terlalu 'alimnya' sikh tersebut, maka ramai pengikutnya sedih akan kematian sikh tersebut. Maka mereka pun kerana terlalu kasih, mengikut setiap cara sembahyangnya sikh tersebut terhadap tuhan mereka. Oleh itu kucing yang mulanya diikat di tiang hanya kerana mengganggu upacara sembahyang, kini dijadikan upacara wajib dalam sembahnyangnya pengikut-pengikutnya.

Apabila ditanya kepada pengikutnya, kenapa perlu diikat kucing tersebut, lalu jawab pengikutnya, "Ini dulu orang 'alim' kami buat, kami kena ikut."

pengajaran: fikir-fikirkanlah...sengaja dibiarkan pengajaran dalam keadaan subjektif.

4 comments:

trendymuslimah said...

salam ziarah

PeRaNTau said...

hurm...ade kaitan dgn J ke?

Sang Pujangga said...

tataw la cem...ada 2 J...aku nak faham utk yg J satu lagi..ha3..

Sang Pujangga said...

salam diterima..