Agak hairan apabila anda mengatakan rujukan anda Al-Quran dan sunnah, dan kunci terjemahan itu disandarkan kepada ahlil bait, namun kemudian anda menerima tafsiran dari seorang tukang sapu...hanya kerana mimpi??
Ungkapan di atas sedang merujuk kepada cerpen Wikifiqh yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia 9 Jan 2011 yang disyaki berbaur syiah.
Sungguh, aku bukan dari golongan yang menentang syiah hanya kerana namanya syiah, kerana sumbernya yang mana syiah berpegang itu kelihatan terlalu goyah.
Anda boleh membina agama di dalam diri anda dan mentajarudkan dunia berdasarkan apa yang diberitahukan kepada anda dari orang alim ulama. Namun apabila anda diserang dengan soalan-soalan dari orang-orang orientalis mahupun dari orang semi anti-hadis, pada saat ini mungkin anda akan sedikit goyah dalam menghadapinya. Tambah pula apabila anda berada dalam keadaan berseorangan.
Dari firman Allah dalam surah saba' ayat ke 50 yang terjemahannya:
"Katakanlah:" Jika aku sesat maka sesungguhnya aku sesat atas kemudharatan diriku sendiri; dan jika aku mendapat petunjuk maka itu adalah disebabkan apa yang diwahyukan Tuhanku kepadaku. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat "." (QS. SABA':50)
Allah tinggalkan kemuliaan kepada kita untuk kita berusaha mencari jalannya yang terbaik. Maka berusahalah seadanya kamu sebagai umat manusia. Perlengkapkanlah diri dengan perisai ilmu dan iman. Namun ingatlah bahawa iman itu lebih utama yang menjustifikasikan tindakan luaran anda. Insyaallah moga anda beroleh hidayah dari Allah.
No comments:
Post a Comment