Datangnya seorang syeikh dari United Kingdom telah berjaya merubah pemikiranku sehinggalah Jaulah menjelma. Dan aku tidak menyatakan serpihan imanku rekah dan tercicir ketika dirobek secara sembunyi oleh pendokong Mustapa Kamal Si Bapa Turki. Tetapi proses perekahan itu bermula disana.
Lupa aku menceritakan bagaimana aku disaluti iman yang solid itu? Jawapannya biarlah hanya aku dah Allah mengetahui.
Pulang ke tanah tempat aku membajai ilmu manusiawi, rekahan itu tiba2 menjadi lubang dan lompong kosong yang tidak lagi melindungi nafsu dan akal. Aku risaukan patogen jahiliah dan ekstrimisme mempelopori segala pelosok IQ dan EQ yg ku miliki. Memusnahkan salutan iman sedikit demi sedikit.
Aku mengambil inisiatif, melakukan penghijrahan ke bumi muslim mujahadah untuk mencari apakah mungkin alat gantiku disana. Namun sayang sekali kerana iblis2 kesyaitanan telah meresap masuk sejak dari mula untuk meremehkan segala usaha ukhrawi kedalam sistem tajdid diri. Kepulangan yang mengecewakan kerana ada ujian zahir menanti di klimaks minggu.
Ya Allah, aku tidak pernah bersangka buruk terhadapmu atas ujian yang ditimpakan ke atasku. Ujian yang tidak nampak pada zahir dan tidak boleh sama sekali diselesaikan secara zahir. Namun kau mengetahui diri ini. Maka perbaikkannlah seperti mana para sahabat Nabi SAW yang masih hidup di zaman penuh futur ini.
Tidak aku nukilkan pemikiran ini hanya untuk yang membaca mengambil pengajaran dan mencari Cinta Allah.
Kelemahan yang tertinggal, yang dilupai.
Sunday, January 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment