Tuesday, December 14, 2010

ha3...padan muka kau

perkataan yang hanya layak dikatakan kepada diri sendiri...

Aku berpendapat, bahawa Rasulullah tidak pernah mengajar kita umatnya bersifat menghentam dan tinggal. Dalam erti kata yang lebih ilmiah di sini, kita telah yakin bahawa kita berada di jalan yang benar, dan kita yakin bahawa seorang sahabat atau bukan sahabat kita sekalipun berada di jalan yang salah.

Analogi:
Si penegur menegurnya pada kali pertama dan berkata,"Saudara, anda silap jalan ni, sebab jalan nak ke KL kena ikut Jambatan kedua Pulau Pinang, bukan jambatan first".

Namun begitu saudara yang ditegur ini menjawab bahawa dia amat yakin tidak salah, inilah jalannya yang datuknya, Tun Dr. Mahathir lalu dulu. Dan bukan setakat itu hujahnya, plan, jalan, peta, struktur binaan Jambatan, kontraktor yang buat dan segala sejarahnya diberitahukan kepada si penegur tadi.

Si penegur pun pulang, namun kerana taksub dengan Datuk Seri Abdullah Badawi, setelah difikir-fikirkan semula, ada banyak lagi rupanya hujah2 untuk menentang hujah saudara tadi.

Lalu si penegur pun pergi semula berjumpa dengan saudara tadi, yang tersangkut di Bayan Lepas kerana traffic jam. Dihentamlah saudara yang ditegur tadi dengan segala hujah saintifik dan geografi yang kelihatan lebih kukuh, dan kemudian disindir saudara tersebut. Namun saudara tersebut masih lagi menjawab itu dan ini. At last si penegur pun mengulangi hujahnya dengan cara yang lain dan berkata (dalam hati) ,"hah, padan muka  kau".

Saudara yang ditegur terus ditinggalkan kerana kononnya masih tegar dengan Jambatan pertamanya.

Ibrah: Nabi SAW tidak pernah bersifat menghentam dan tinggalkan seseorang...pada ketika nabi SAW ke Thaif, beliau dibaling dengan batu, waima masih lagi berdoa, Ya Allah, ampunkanlah dosa penduduk ini...kalau kita yakin dengan fahaman kita, berbicaralah dengan lemah lembut dan penuh tatasusila (merangkumi fizikal dan metafizikal) untuk kita paling kurang pun, mendapat persefahaman antara kita...Insyaallah...

No comments: