Saya amat tertarik dengan quotasi2 ini:
"Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya samaada kita mendapatkannya dengan cara yang mulia atau cara hina"
"Ya, Allah, berikanlah kepadanya kefahaman agama dan ajarkanlah kepadanya ilmu takwil"
-Riwayat Ibnu Abbas-
Saya selalu berdoa atas setiap kanak2 dan bayi yang saya jumpa dengan doa sendiri, tak tahulah pulak ada hadis, tiadalah doa yang lebih baik selain dari kata-kata para nabi dan rasul. Insyaallah boleh amalkan
Saya rasa, kalau buku ni dibaca oleh ustaz-ustaz pondok, habislah jadi abu memasak la gamaknya. Baru-baru ni saya berdiskusi dengan ustaz-ustaz pondok tentang isu wahabi, byk mainkan sentimen sebenarnya walaupun fakta hadis dah depan mata. Bukan la nak kata saya ni lagi pandai dari depa dalam bab agama, cuma tindakan mereka mengurung agama kepada apa yang dikatakan guru mereka sahaja, itu yang saya kesali. Ramai juga antara mereka yang menghukum ulama-ulama kontemperori sebagai wahabi dan pendapat ulama-ulama ini wajib ditolak. Saya tanya wahabi tu apa? Bila dijawab, xpula macam apa yang saya tonton di internet. Mungkin kerana saya terlalu dhaif menilai orang. Moga Allah memberi hidayah kepada kitai dalam sama-sama kita mencari redha dan ilmu Allah ini.
Saya harap ilmu agama dilayan secara adil pada masa depan, bagi memastikan Islam itu terus releven dalam mata masyarakat. Dan yang lebih penting, kita menjaga ketulenan Islam tu sendiri.
Saya ingin lahirkan seorang Ulama dan para hufaz insyaallah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment