Friday, April 8, 2011

Facultative anapolitik

Saya membenci politik Malaysia, walau hatta saya menyedari kepentingan menguasai politik itu demi kepada kepentingan menegakkan nilai-nilai Islam.

Masih teringat ketika dalam perjalanan ke selatan tanah air bersama chem dan sahabat-sahabat yang mana pada ketika itu cuti summer di Malaysia. Aku masih lagi ingat seorang dari sahabat mengungkapkan: Malaysia ini negara kedua yang bersifat ala mafia. Pada ketika itu aku sangat prejudice dengan orang-orang yang suka bercakap perkara konspirasi tetapi tidak memberikan resolusi mahupun penyelesaian kepada masalah itu. Lagipun tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong hujahnya, hanya berdasarkan andaian yang kelihatan seperti ada kaitan.

Lama kelamaan, aku berfikir kembali, kerana orang yang mengungkapkan perkataan itu aku kategorikan sebagai cukup Tsiqah. Kalaupun aku xpercaya, aku rugi ke? Ya, mungkin aku rugi dan tidak berhati-hati di kemudian hari. Apa yang perlu adalah kita mengetahui, tetapi tidak semestinya bagi kita untuk mengimani dan mempercayai.

Dengan kepelbagaian kerenah politik berskop di Malaysia, saya secara peribadi menyatakan pandangan cukup tidak selesa dan terlalu bersifat kepartian. Dapat dilihat sekarang ini, pergaduhan parti kerajaan dan parti rakyat yang kelihatan sudah memualkan warga muda yang bakal menjadi pelapis kepada generasi akan datang. Apabila saya berada di lapangan sejak dari sekolah rendah ke peringkat universiti sekalipun, amat sedikit golongan muda yang ingin terlibat dalam kerja-kerja pengurusan persatuan dan mengambil tahu tentang keadaan semasa. Walaupun ini tidak semestinya menjadi indikasi kepada keadaan politik semasa, namun orang muda itu penggerak masa hadapan. Kalau mereka dilalaikan dengan hanya hiburan dan dimualkan dengan pergaduhan keanak-anakan parti politik, saya berpendapat tidak mustahil untuk negara ini hilang kedaulatan jati dirinya pada masa depan.

Jiwa anak muda ini, secara lahirinya inginkan kepada perkembangan idea dan pemikiran. Sungguhpun begitu kalau mereka telah terlebih dahulu dilalokkan dengan hiburan tanpa tujuan, mereka akan merasakan keseronokan itulah tujuan utama. Mereka tidak lagi akan memikirkan tentang generasi akan datang yang bakal mereka lahirkan, atau mengutip pengalaman dari generasi berusia, sebagai pengajaran kepada masa depan.


PAS dan UMNO saya seru, hentikanlah politik londeh melondeh. Saya sbg generasi muda yang alhamdulillah sedar, agak mual dengan taktik politik seperti ini.

Wallahua'lam

No comments: