Ini bukanlah buat pertama kali dalam sejarah seorang yg bernama Lelaki dilamar oleh wanita, malah perkara biasa sejak zaman nabi lagi. Dan bukanlah jua pertama kali dalam hidupku aku dilamar. Kalau nak dibandingkan dengan nabi S.A.W yang dilamar Saidatina Khadijah pada usia 25 tahun, kalau nak ikut sunnah, usiaku masih berbaki 5. Tambahan lagi akhlak dan budi pekertiku serta percakapanku jauh sekali kiranya hendak dibandingkan dengan nabi S.A.W.
Ketika aku di KMB lagi, aku telah dilamar oleh guru bahasa inggerisku untuk anaknya yg berusia kurang 3 tahun dariku pada ketika itu. Aku fikirkan, ia hanyalah gurau senda guruku ketika di dalam kelas bagi menyegarkan rakan kelas yg kelelahan sepanjang hari dengan subjek-subjek berat. Tapi guruku itu betul-betul serius apabila aku bejumpanya secara peribadi. Tujuan sebenar perjumpaan tersebut adalah hanya untuk bertanyakan kertas bahasa inggeriku yg agak teruk sebenarnya. Dengan alasan bahasa inggerisku masih teruk, aku terlepas daripada tawaran tersebut. (ayat ini berbaur sedikit pelik)
Kali ini lamarannya bersifat lebih dahsyat dan datang secara mengejut. Dalam masa senggangku, aku melayari laman Mukabuku untuk mengetahu keadaan rakan2ku. Tatkala itulah satu tetingkap YM menerjah. BUZZ!!!..bertanyakan hasrat diriku, hendak berkahwin atau tidak. Beliau merupakan wakil kepada seorang akhawat yang sedang menuntut di Ireland. Sama umur denganku. Aku menamakan wakil tersebut X;
Aku: ni random sampling ke specific sampling?
X: Specific...
Aku: Alahai...
X: tp xkonfem dapat lagi taw...
Aku: kalau nak ikut aku dan mak aku mmg against la idea ni, tp tgk la dulu cemana, aku solat istikharah dulu, lagi 3 hari aku bg jawapan.
X: Ok la tuh..
Secara jujur aku nyatakan, hatiku mengatakan: kau masih belum bersedia. Aku memasakkan ketidaksediaan ini sejak aku merasa bagaimana sukarnya lagi jalan hidupku sebagai seorang bakal Doctor Muslim di Bumi Czech. Aku masih ligat memikirkan bagaimana cara terbaik untuk aku membangkitkan inquiri penduduk Czech terhadap agama. Atau mungkin lebih dekat denganku, rakan seMalaysia mahupun rakan2 dari negara lain. Kejayaan yang masih belum nampak sinar cahayanya.
Even aku masih belum sedia menerima tanggungjawab sebagai Lujnah Dakwah Musolla Neredin (bro dari UK menggunakan alasan muka ku punya nur...ohh...astaghfirullah...aku kira itu satu sindiran) bagaimana mampu aku menerima tanggungjawab sebagai suami. Atau lebih tepat bukan menerima tapi mencari. Pada masa yang sama diriku dari part yang lain berbisik: Kahwin tu sunnah kan? melindungi dari maksiat... Part lain dari diriku membangkang: Jangan sampai sunnah menjadi fitnah yang dibawa olehmu dalam agama Islam yg diredhai ini.
Akhirnya, keputusan aku sandarkan kepada Allah, aku menolak lamaran tersebut. Rasa berpasangan itu ada cuma belum masanya. Dan aku meletakkan azam aku kepada seseorang yang telah aku lamar sebelum ini. Moga Allah elokkan aku, dia dan persekitran untuk diriku, zuriatku dan umat manusia keseluruhannya.
Membawa kepada kisah lain, amalku telah aku tinggalkan selama 2 malam kerana leka dengan dunia medikku. Dan Allah berikan nikmat untuk aku beringat. Nak kata tebal dan tak malunya mukaku ini menerima tanpa memberi. Tingkatkan Amalan dan Fikir atas Umat. Perangi keraguan sehingga aku jelas maksud hidup mencari Redha Allah.
Showing posts with label Sayang abstrak. Show all posts
Showing posts with label Sayang abstrak. Show all posts
Friday, March 5, 2010
Tuesday, October 6, 2009
Kecewa..
Hadui....
Sudah diketahui bahawa pelajaran itu fitnah utama dalam dunia hari ini...
Dah tu...
Study sampai xingat dunia...
Salah tu...
Ingat siapa empunya ilmu...
Allah, tuhanku...
Tunjukkanlah, jalan yang benar utk aku mengelakkan
Fitnah pelajaran ini kepadaku...
Kerana tiba2 aku berasa aku dalam jalan yang salah
Berdasarkan petunjukmu ke atas test ku...
Biologi...
Subjek yang ku rasa tiada masalah sepatutnya...
Aku memerlukan teman....
Engkaulah tuhanku,
Temanku sepanjang masa
ALLAH...
Sudah diketahui bahawa pelajaran itu fitnah utama dalam dunia hari ini...
Dah tu...
Study sampai xingat dunia...
Salah tu...
Ingat siapa empunya ilmu...
Allah, tuhanku...
Tunjukkanlah, jalan yang benar utk aku mengelakkan
Fitnah pelajaran ini kepadaku...
Kerana tiba2 aku berasa aku dalam jalan yang salah
Berdasarkan petunjukmu ke atas test ku...
Biologi...
Subjek yang ku rasa tiada masalah sepatutnya...
Aku memerlukan teman....
Engkaulah tuhanku,
Temanku sepanjang masa
ALLAH...
Sunday, March 15, 2009
Stalker berjaya!
Selalu stalk orang dari jauh..
Dan orang tu dah takut..
tidak mengapalah..
Bagus untuk insan itu..
Stalk lagi orang lain
kali ini misinya mengesan parut dan luka
Yang letaknya di dalam badan
Hinggakan orang tersebut bercakap tentang penyakit dialaminya tanpa dia sedari?
Wahan kata nabi SAW
Ramai orang ada
dan mereka menggunakan hadis
yang diterjemah menerusi keperluan mereka
Itulah keadaan umatku
Yang berjaya ku risik
masih on surface
akan tiba masanya pabila Imam Mahadi tiba
UNTUK AKU KEJUT AKU DAN MEREKA!
Monday, March 2, 2009
Sampai bila..
...aku sudah bingung untuk bermadah puisi. Kerana hatiku mengharapkan perhatiamn makhluk yang tiada puas. Manusia namanya. Yang tidak layak bernama sedemikian. Mungkin yang lebih layaknya hanyalah haiwan. Apabila akalnya berlandaskan selain iman.
Iman. Perkara abstrak yang selalu disebut dalam ceramah. Tingkat kan iman. Aku bingung sejak kecil apekemendelah maksudnya. dalam silibus SPM pun. Perkara yang sama disebut. Entahlah apa yang dunia ini cuba perdayakan aku.
Aku tidak menafikan. Hatiku gusar resah gelisah melihat kelibat wajah mereka berempat. Yang punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun aku ukur semula diriku. LAYAKKAH aku untuk mereka. Hanya Allah yang mnentukan.
Namun, ya Allah, aku tidak mahu dihampakan oleh ketidakdapatan aku terhadap mereka ini. Kerana pastinya ada antara bidadariku ini seperti mereka. Yang ku lihat tidak jemu malah bertambah nikmatnya. Oleh itu mengapa perlu risau.
Kepala kau hanya sebesar 5 penumbuk. Namun jgn biarkan fikirmu hanya sebesar tasik Chini mahupun lautan kaspia kerana wanita yang tiada nilai pun dalam perjuanganmu. Nilai mereka hanya termaktub setelah tetap akadnya dan ijab kabul
~~~Bersabarlah sayangku walau engkau belum pasti~~~
Tuesday, December 30, 2008
Getusan hatiku berdengkur lagi
disaat aku bermimpi tentangnya
dia datang kepadaku dan berkata
jangan pedulikan apa orang nak kata
Aku terjaga dari mimpi
Langsung ku rasakan pesta di hati
Sungguhpun hujan tidak turun membasahi nurani
Namun bersamanya cukup bahagia
Lalu ku menafsirkanya
Ku lihat dia menggerakkan bibirnya
dan dia memegang tanganku
dan kakinya di atas kakiku
Ternyata itulah syaitan laknatullah
yang mengheret aku ke alam maksiat
membenarkan yang batil
mengharamkan yang hak
Hatiku diduga berterusan
menantikan saat bahagia
yang aku tahu 3 tahun paling kurang
Sabarlah menantinya
Jangan dibiar hati gundah
Kerana janji Allah pasti ada
Subscribe to:
Posts (Atom)
