Showing posts with label Iman. Show all posts
Showing posts with label Iman. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Aku dilamar...lagi,,,,

Ini bukanlah buat pertama kali dalam sejarah seorang yg bernama Lelaki dilamar oleh wanita, malah perkara biasa sejak zaman nabi lagi. Dan bukanlah jua pertama kali dalam hidupku aku dilamar. Kalau nak dibandingkan dengan nabi S.A.W yang dilamar Saidatina Khadijah pada usia 25 tahun, kalau nak ikut sunnah, usiaku masih berbaki 5. Tambahan lagi akhlak dan budi pekertiku serta percakapanku jauh sekali kiranya hendak dibandingkan dengan nabi S.A.W.

Ketika aku di KMB lagi, aku telah dilamar oleh guru bahasa inggerisku untuk anaknya yg berusia kurang 3 tahun dariku pada ketika itu. Aku fikirkan, ia hanyalah gurau senda guruku ketika di dalam kelas bagi menyegarkan rakan kelas yg kelelahan sepanjang hari dengan subjek-subjek berat. Tapi guruku itu betul-betul serius apabila aku bejumpanya secara peribadi. Tujuan sebenar perjumpaan tersebut adalah hanya untuk bertanyakan kertas bahasa inggeriku yg agak teruk sebenarnya. Dengan alasan bahasa inggerisku masih teruk, aku terlepas daripada tawaran tersebut. (ayat ini berbaur sedikit pelik)

Kali ini lamarannya bersifat lebih dahsyat dan datang secara mengejut. Dalam masa senggangku, aku melayari laman Mukabuku untuk mengetahu keadaan rakan2ku. Tatkala itulah satu tetingkap YM menerjah. BUZZ!!!..bertanyakan hasrat diriku, hendak berkahwin atau tidak. Beliau merupakan wakil kepada seorang akhawat yang sedang menuntut di Ireland. Sama umur denganku. Aku menamakan wakil tersebut X;

Aku: ni random sampling ke specific sampling?
X: Specific...
Aku: Alahai...
X: tp xkonfem dapat lagi taw...
Aku: kalau nak ikut aku dan mak aku mmg against la idea ni, tp tgk la dulu cemana, aku solat istikharah dulu, lagi 3 hari aku bg jawapan.
X: Ok la tuh..

Secara jujur aku nyatakan, hatiku mengatakan: kau masih belum bersedia. Aku memasakkan ketidaksediaan ini sejak aku merasa bagaimana sukarnya lagi jalan hidupku sebagai seorang bakal Doctor Muslim di Bumi Czech. Aku masih ligat memikirkan bagaimana cara terbaik untuk aku membangkitkan inquiri penduduk Czech terhadap agama. Atau mungkin lebih dekat denganku, rakan seMalaysia mahupun rakan2 dari negara lain. Kejayaan yang masih belum nampak sinar cahayanya.

Even aku masih belum sedia menerima tanggungjawab sebagai Lujnah Dakwah Musolla Neredin (bro dari UK menggunakan alasan muka ku punya nur...ohh...astaghfirullah...aku kira itu satu sindiran) bagaimana mampu aku menerima tanggungjawab sebagai suami. Atau lebih tepat bukan menerima tapi mencari. Pada masa yang sama diriku dari part yang lain berbisik: Kahwin tu sunnah kan? melindungi dari maksiat... Part lain dari diriku membangkang: Jangan sampai sunnah menjadi fitnah yang dibawa olehmu dalam agama Islam yg diredhai ini.

Akhirnya, keputusan aku sandarkan kepada Allah, aku menolak lamaran tersebut. Rasa berpasangan itu ada cuma belum masanya. Dan aku meletakkan azam aku kepada seseorang yang telah aku lamar sebelum ini. Moga Allah elokkan aku, dia dan persekitran untuk diriku, zuriatku dan umat manusia keseluruhannya.


Membawa kepada kisah lain, amalku telah aku tinggalkan selama 2 malam kerana leka dengan dunia medikku. Dan Allah berikan nikmat untuk aku beringat. Nak kata tebal dan tak malunya mukaku ini menerima tanpa memberi. Tingkatkan Amalan dan Fikir atas Umat. Perangi keraguan sehingga aku jelas maksud hidup mencari Redha Allah.

Saturday, June 27, 2009

Aku Cinta Allah

Tiadaku sangka..rezeki Allah dan hidayahnya boleh datang dalam pelbagai bentuk...cuma aku yang mengambil keputusan untuk tidak mempedulikannya.

Telah lama aku mendengar perkataan Cintailah Yang Maha Esa. Namun tiada satu ruang pun dalam hatiku yang mengerti. Aku merasakan pada ketika itu cukuplah sekadar aku mampu menangis dalam solat, datang solat awal dan berpesan kepada kebaikan.

Sungguh, Allah itu maha Penyayang. Sungguhpun byk racun dosa telah ku semburkan ke pohon-pohon amalanku, tapi Allah tetap membeli hasil tanamanku. Dan Allah beri lagi aku hidayah. Yang kali ini hanya melalui novel yang telah lama aku geram untuk membacanya.

Novel yang ku sangka hanyalah sebagai santaianku di masa lapang mampu membuat dadaku bergegar pada skala ritcher 9.5 dan empangan air mataku hancur luluh membengkak. Dan aku kini mampu menanam di dadaku perkataan Aku Cinta Allah. Aku rasakannya sebagaimana aku merasakan cintaku pada tunanganku itu tapi pada skala yang berpanjangan dan mendalam. Sehingga cintaku pada tunanganku lenyap dimamah kasih dan cintaku ini. Dalam tidurku, dalam solatku, dalam langkahan lemahku dan pemikiran duniaku. Perkataan Aku Cinta Allah sentiasa berlegar dan aku sukakan dadah ini. Dadah yang membawa diriku menelusuri lembangan dunia dengan penuh yakin kerana aku risaukan lautan akhiratku yang bakal menggila. Dan pada tahap ini ada manusia menggelarkan aku gila. Itulah nafsuku. Kerana dia telah ku abaikan di balik jeriji keimanan.

Alhamdulillah ya Allah. Akan ku besarkan Kehebatan Mu yang tiada tandingan di fikiran manusia kerana aku bergelar hamba. Banyakkan sujud, tingkatkan kendiri, hilangkan duka dunia mu...

Monday, June 1, 2009

Sungguh Allah itu Maha Besar dan Maha Kaya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Aku tiada punya apa untuk dibayar kembali kerana sungguh hamba-Mu ini seorang yang miskin. Tiada pun secebis dari modal diriku ini boleh aku tukar untuk mendapatkan udara-Mu. Sungguh Engkaulah Maha Kaya.

Telah Kau kurniakan kepadaku jasad bersama roh,Engkau tambah lagi dengan Iman yang kerap aku lupakan. Aku menyalahgunakan jasadku ini. Dan kemudian aku sedari kesalahanku lalu Taubat ku mohon lalu aku dikurniakan lagi nikmat. Malunya aku wahai Tuhanku. Namun sungguh sekiranya aku mengambil jalan malu dan mnjauhi-Mu maka akulah yang paling bodoh. Lalu aku dekati kembali Tuhanku dengan banyak bersujud dan berzikir. Bersujud dan berzikir? Ya. Perkataan yang biasa bagiku suatu ketika dahulu namun tiada dapat dirasa pengesanan perkataan-perkataan ini dalam benak kepala otak aku.

Kolej Mara Banting tempat dimana aku menerima asbab untuk aku memahami setiap perkataan yang melepasi gegendang telingaku atau setiap gelombang elektromagnetik yang ditafsirkan oleh otakku. Alhamdulillah, kini Allah mngurniakan bagiku seorang Calon Isteri yang tidak pernah terfikir olehku bahawa si dia akan mengatakan: "Saya terima akhi kerana Allah"

Ya Allah Ya Tuhanku, tiada Tuhan selain Dia, mungkin inilah isyaratnya, aku perlu menyebarkan kalimah ini lagi dan lagi dan perbanyakkan sujud kepada-Nya.