Monday, June 1, 2009

Sungguh Allah itu Maha Besar dan Maha Kaya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Aku tiada punya apa untuk dibayar kembali kerana sungguh hamba-Mu ini seorang yang miskin. Tiada pun secebis dari modal diriku ini boleh aku tukar untuk mendapatkan udara-Mu. Sungguh Engkaulah Maha Kaya.

Telah Kau kurniakan kepadaku jasad bersama roh,Engkau tambah lagi dengan Iman yang kerap aku lupakan. Aku menyalahgunakan jasadku ini. Dan kemudian aku sedari kesalahanku lalu Taubat ku mohon lalu aku dikurniakan lagi nikmat. Malunya aku wahai Tuhanku. Namun sungguh sekiranya aku mengambil jalan malu dan mnjauhi-Mu maka akulah yang paling bodoh. Lalu aku dekati kembali Tuhanku dengan banyak bersujud dan berzikir. Bersujud dan berzikir? Ya. Perkataan yang biasa bagiku suatu ketika dahulu namun tiada dapat dirasa pengesanan perkataan-perkataan ini dalam benak kepala otak aku.

Kolej Mara Banting tempat dimana aku menerima asbab untuk aku memahami setiap perkataan yang melepasi gegendang telingaku atau setiap gelombang elektromagnetik yang ditafsirkan oleh otakku. Alhamdulillah, kini Allah mngurniakan bagiku seorang Calon Isteri yang tidak pernah terfikir olehku bahawa si dia akan mengatakan: "Saya terima akhi kerana Allah"

Ya Allah Ya Tuhanku, tiada Tuhan selain Dia, mungkin inilah isyaratnya, aku perlu menyebarkan kalimah ini lagi dan lagi dan perbanyakkan sujud kepada-Nya.

1 comment:

Anonymous said...

"aku terima akhi kerana Allah"..hmm..ye berpegang pada-'fadzfar bi dzaatid-deen, taribat yadaak'..(pilihlah yang beragama, engkau akan beruntung)..(^_^)