Telah lama aku mendengar perkataan Cintailah Yang Maha Esa. Namun tiada satu ruang pun dalam hatiku yang mengerti. Aku merasakan pada ketika itu cukuplah sekadar aku mampu menangis dalam solat, datang solat awal dan berpesan kepada kebaikan.
Sungguh, Allah itu maha Penyayang. Sungguhpun byk racun dosa telah ku semburkan ke pohon-pohon amalanku, tapi Allah tetap membeli hasil tanamanku. Dan Allah beri lagi aku hidayah. Yang kali ini hanya melalui novel yang telah lama aku geram untuk membacanya.
Novel yang ku sangka hanyalah sebagai santaianku di masa lapang mampu membuat dadaku bergegar pada skala ritcher 9.5 dan empangan air mataku hancur luluh membengkak. Dan aku kini mampu menanam di dadaku perkataan Aku Cinta Allah. Aku rasakannya sebagaimana aku merasakan cintaku pada tunanganku itu tapi pada skala yang berpanjangan dan mendalam. Sehingga cintaku pada tunanganku lenyap dimamah kasih dan cintaku ini. Dalam tidurku, dalam solatku, dalam langkahan lemahku dan pemikiran duniaku. Perkataan Aku Cinta Allah sentiasa berlegar dan aku sukakan dadah ini. Dadah yang membawa diriku menelusuri lembangan dunia dengan penuh yakin kerana aku risaukan lautan akhiratku yang bakal menggila. Dan pada tahap ini ada manusia menggelarkan aku gila. Itulah nafsuku. Kerana dia telah ku abaikan di balik jeriji keimanan.
Alhamdulillah ya Allah. Akan ku besarkan Kehebatan Mu yang tiada tandingan di fikiran manusia kerana aku bergelar hamba. Banyakkan sujud, tingkatkan kendiri, hilangkan duka dunia mu...
No comments:
Post a Comment