Tuesday, December 14, 2010

ha3...padan muka kau

perkataan yang hanya layak dikatakan kepada diri sendiri...

Aku berpendapat, bahawa Rasulullah tidak pernah mengajar kita umatnya bersifat menghentam dan tinggal. Dalam erti kata yang lebih ilmiah di sini, kita telah yakin bahawa kita berada di jalan yang benar, dan kita yakin bahawa seorang sahabat atau bukan sahabat kita sekalipun berada di jalan yang salah.

Analogi:
Si penegur menegurnya pada kali pertama dan berkata,"Saudara, anda silap jalan ni, sebab jalan nak ke KL kena ikut Jambatan kedua Pulau Pinang, bukan jambatan first".

Namun begitu saudara yang ditegur ini menjawab bahawa dia amat yakin tidak salah, inilah jalannya yang datuknya, Tun Dr. Mahathir lalu dulu. Dan bukan setakat itu hujahnya, plan, jalan, peta, struktur binaan Jambatan, kontraktor yang buat dan segala sejarahnya diberitahukan kepada si penegur tadi.

Si penegur pun pulang, namun kerana taksub dengan Datuk Seri Abdullah Badawi, setelah difikir-fikirkan semula, ada banyak lagi rupanya hujah2 untuk menentang hujah saudara tadi.

Lalu si penegur pun pergi semula berjumpa dengan saudara tadi, yang tersangkut di Bayan Lepas kerana traffic jam. Dihentamlah saudara yang ditegur tadi dengan segala hujah saintifik dan geografi yang kelihatan lebih kukuh, dan kemudian disindir saudara tersebut. Namun saudara tersebut masih lagi menjawab itu dan ini. At last si penegur pun mengulangi hujahnya dengan cara yang lain dan berkata (dalam hati) ,"hah, padan muka  kau".

Saudara yang ditegur terus ditinggalkan kerana kononnya masih tegar dengan Jambatan pertamanya.

Ibrah: Nabi SAW tidak pernah bersifat menghentam dan tinggalkan seseorang...pada ketika nabi SAW ke Thaif, beliau dibaling dengan batu, waima masih lagi berdoa, Ya Allah, ampunkanlah dosa penduduk ini...kalau kita yakin dengan fahaman kita, berbicaralah dengan lemah lembut dan penuh tatasusila (merangkumi fizikal dan metafizikal) untuk kita paling kurang pun, mendapat persefahaman antara kita...Insyaallah...

Friday, November 19, 2010

Apabila Kemungkaran...

1. Didepan mata:
a) Join
b)Lari daripadanya
c) habaq elok2
d) belasah kawan tu cukup2, pastu baru terangkan kenapa tumbuk, kenapa tendang, etc...

2. Dianjurkan oleh diri, tetapi baru insaf:
a) Teruskan saja sebab dah terbuat
b) Tinggalkan terus
c) Hapuskan kemungkaran tersebut sedaya mungkin

3. Ada dengar2 orang kata:
a) sampaikan kepada orang lain
b) cuba betulkan dengan tindakan terhadap orang terdekat
c) selidik dahulu kesahihan kemungkaran, then lepak
d) seperti (c) tapi bertindak terhadap orang terdekat
e) seperti (c) tapi terus menyerang kepada pihak bertanggungjawab

4. Dianjurkan oleh rakan-rakan
a) Join seadanya kawan kita
b) Join sesungguh-sungguh kawan2 kita
c) Join dengan tujuan nak elakkan program tersebut lebih lara(dengan sangkaan diri sbg asbab hidayah)
d) nasihat kawan, pastu xjoin langsung, pangkah kawan tu habis-habisan
e) "kubur kita asing-asing"

5. Dipertanggungjawabkan ke atas kita...(????)
a) Ubah sampai xmungkar
b) Amek sket2 mungkar sbb nak sesuaikan dengan jiwa kita yang masih ada sedikit mungkar
c) bye2 laaa....
d) seperti (c) tp bg guideline je...then terus tinggalkan



Jawapan adalah subjektif walaupun dalam bentuk objektif.....

Thursday, November 4, 2010

Terasa teruk...

...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................nak gi cari gua la...nak bertapa...

Thursday, October 28, 2010

Kegelapan Laut Dalam

Dinyatakan di dalam Al-Quran, An-Nur 24:40 terjemahannya berdasarkan terjemah Al-Quran darul Iman, diluluskan JAKIM:
atau (keadaan orang-orang kafir) seperti gelap-gelita di lautan dalam, yang diliputi oleh gelombang demi gelombang, di atasnya ada lagi awan gelap. Itulah gelap-gelita  yang berlapis-lapis. Apabila dia mengeluarkan tangannya hampir tidak dapat melihatnya. Barang siapa tidak diberi cahaya oleh Allah, maka dia tidak mempunyai cahaya sedikitpun.
Timbul pertanyaan, apakah yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah berkaitan dengan keadaan lautan dalam yang tiada cahaya? Atau mungkin kalau didengari oleh orang musyrikin Mekah dahulu, mereka cuma membayangkan keadaan kekafiran yang cuba didiskripsikan oleh Muhammad S.A.W. itu dibandingkan dengan keadaan apabila mereka berada pada kedalaman yang cuma 2-3meter pada malam hari.

Namun, mana-mana pandangan pun adalah seperti tepat dan betul.

Sekiranya pada penafisran lautan dalam, dalam dunia hari ini, yang didefinisikan pada kedalaman 1800meter di bawah permukaan laut, hanya dijumpai berdasarkan kajian yang bermula 1960-an. Melihat kepada geografi tanah arab, laut yang paling dekat  dengan Mekah adalah Laut Merah yang mempunyai kedalaman purata 490meter yang tidakpun menepati ciri lautan dalam. Apakah mungkin Nabi Muhammad S.A.W pergi ke lautan Atlantik untuk mengkaji tentang perkara ini? Ini merupakan salah satu dari hujah-hujah yang menolak dakwaan bahawa Baginda S.A.W. menulis kitab ini dan berpura-pura tidak tahu menulis dan membaca.

Sebagai Muslim, bukan ini nilai Al-Quran yang semata-mata kita lihat dari sudut sains, namun dari pelbagai sudut yang lain, Al-Quran punya banyak mukjizat bagi orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah. Salah satu asbab yang paling mudah untuk hidayah adalah kita mencari ilmu dunia dengan hati menambat pada dahagakan ilmu akhirat. Berfikirlah. Sungguh amat mudah untuk mendapat asbab hidayah, walau hidayah mampu sampai kepada kita tanpa asbab sekalipun.

Saya bukanlah seorang yang bertauliah untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran. Oleh itu sebarang penulisan berkenaan ayat ini hanyalah pendapat-pendapat tanpa hujah yang kukuh. Wallahu'alam

Monday, October 18, 2010

Trauma...in organizing

Trauma amal islami kembali...

Trauma kalau dalam bahasa medik mean kecederaan...

Apakah mungkin dalam dunia sebenar trauma boleh diubati dengan melalui semua kejadian yang menyebabkan trauma, untuk tidak trauma?

Watever it is, cabaran kena dihadapi, dan belajarlah, kan byk pahala Allah letak kat part belajar tuh...

Insyaallah, kalau niatnya belajar, kerana Allah, nothingless you get, you will deserve more actually....

Tapi watak tu still dalam ketakutan, masih dalam kurungan, tak sanggup dikeluarkan lagi....tp suatu hari nanti pasti watak tersebut perlu dibebaskan...

Allah, Guide my ways...

Tuesday, October 5, 2010

Quotation

Apabila ada 99 kebaikan pada diri, 1 kejahatan, lihatlah pada kejahatan diri untuk diperbaiki

Apabila ada 99 kejahatan pada orang lain, 1 kebaikan, lihatlah pada kebaikan untuk bersangka baik

Thursday, September 30, 2010

Ekstrimis

Aku ada tendency untuk menjadi ekstrim, dan aku tak suka keadaan ekstrimis aku dari pandangan masyarakat.

Jadi aku cantas segala tunas-tunas ekstrimisme, walau tunas itu cantik.