Sunday, January 24, 2010

Keserabutan itu satu rahmat

Allah lebih mengetahui apa yg aku rasa, apa yg nabi rasa, apa yg para mujahid rasa, apa yg para ulama rasa apabila melihat keserabutan yg berlaku dalam umatnya.

Sehinggakan aku merasakan sampai satu tahap, aku mengungkapkan monolog seperti berikut: Ahhhh, lantaklah korang, kubur kita asing, walau kuburku sebelah kuburmu, kita masih di alam yg berlainan!

Namun aku tersentak seketika tatkala lintasnya Hadis Nabi S.A.W dalam benak cerebrumku yg mafhumnya:
Tidak lengkap iman kamu selagi mana kamu tidak menyayangi sahabatmu seperti kamu menyayangi dirimu sendiri.

Astaghfirullah, habis, apa yg mampu aku lakukan dalam keserabutan persis benang-benang kapas yg hampir putus ini? aku telah menyaksikan sendiri bagaimana seorang yg jahil berbicara dan aku tiada mampu menegur kejahilannya. Aku terkelu dan terdiam menyimpan idea dan pemikiran. Memendam segalanya. Kerana aku takutkan selain Allah.

Tp ada pula yg berbisik: Apa kau betul sangat dalam nak menguraikan keserabutan itu? Bagaimana kalau keserabutan yg engkau huraikan itu bertambah kusut? Atau mungkin Kerana dengan tindakanmu itu mereka lebih menghampiri kejahilan kerana kejahilan yg terkandung dalam dirimu sendiri? Biarkanlah mereka. Dan engkau teruskan sahaja dengan amalan infardimu sendirian. -Syaitan + Nafsu-

Ya, Allah, aku tahu inilah laman ciptaan Mu, keserabutan yg engkau ciptakan yg aku memberi seribu satu alasan. Padahal keserabutan dalam tengkorak manusia ni mudah sahaja aku huraikan tanpa ragu dan risau dalam keadaan aku meletakkan segala usahaku padaMu. Dan, manis kan rasanya di akhir nanti apabila aku telah berjaya memahami keserabutan tersebut. Itulah analogi usaha yg perlu aku mantapkan ke atas umatku. Umat Nabi S.A.W.

No comments: