Friday, February 19, 2010

Pemuda Bratislava dari Tunisia, Pemuda UK dari Pakistan dan Pemuda-pemuda Czech dari Malaysia

Amir mesyuarat telah menetapkan 2 jemaah untuk keluar bertemu dengan umat islam sekitar Bratislava. Aku sangkakan jemaah yg keluar cuma 6, tapi rupanya 7. Ada tambahan seorang orang tempatan yg menjadi tarjim dalam majlis taklim bersama Syeikh dari Yarmouk University, Jordan.

Pemuda Tunisia bermata biru menarik perhatianku kerana wajahnya umpama punya cahaya yang menyejukkan mana-mana mata yang memandang. Wajahnya juga dihiasi dengan jambang berwarna perang yang aku kira pastinya sukar dijumpai di Asia. Beliau berumur hampir 40-an mampu bertutur dengan fasih dalam 3 bahasa iaitu Arab, Inggeris dan Slovakia. Hatinya cukup lembut dalam menerima teguran dan sindiran daripada syeikh tentang cara berpakaian mengikut sunnah. Selepas tamat taklim, terus dia kembali ke rumah mengenakan pakaian sunnah sebelum waktu solat maghrib menjelang. Anaknya yang comel juga turut menarik perhatianku.

Tayar kereta meluncur licin di atas permukaan ais sebelum aku, rakan seMalayaku, pemuda dari UK dan pemuda bratislava bergerak menaiki kereta untuk melawat muslim-muslim di Comenius University hostel. Dalam hatiku berdetik, inilah peluangku untuk melihat-lihat Bratislava. Namun, tidak pun pemuda Bratislava tersebut berbincang tentang kelebihan tempatnya. Apa yang dibincangkan mengenai keadaan perkembangan muslim di sana. Hatiku terasa dipanah. Dia mengisahkan bagaimana dia berhijrah dari US ke Bratislava kerana panggilan tugas untuk menyebarkan Islam. Dia juga menceritakan pengorbanannya terhadap perniagaannya yang sangat menguntungkan di Tunisia untuk datang ke Bratislava. Bibirnya juga telah meluahkan bagaimana Allah mengurniakannya perniagaan yg lebih menguntungkan di Bratislava. Dalam perjalanan tersebut aku sudah mula mengagumi pemuda tersebut.

Setibanya di hostel, aku disajikan dengan keadaan hostel yg ternyata lebih daif dari hostelku di Neredin. Ibarat seperti masuk ke sarang yang penuh dengan jenayah dan menyeramkan. Namun bagi dua pemuda asing tersebut, tiada yang lebih menakutkan selain Allah dan zikrullah menjadi siulan mereka sepanjang masa. Aku pun diajar untuk mengucapkan zikrullah dan menjaga pandangan ketika berada di tempat asing tersebut.

Kami tiba di sebuah bilik Muslim-Pakistan yg belajar di situ. Setelah dijemput masuk, pemuda Bratislava itu membuka wadahnya dengan selawat ke atas nabi. Aku dapat merasakan kelainan dalam ucapannya. Sesuatu meronta dalam hatiku meminta aku lari dari keadaan dan situasi tersebut. Lalu aku nyahkan rontaan dari elemen yg bernama nafsu itu. Hatiku terasa terbuka dan lapang dadaku untuk menerima sebarang realiti yang cuba pemuda tersebut sampaikan. Yang sebenarnya segala isi ucapan tersebut telahpun pernah aku sampaikan ketika berada di KMB dalam ziarah khususi dan umumi. Tapi kali ini aku merasa lain. Hatiku ibarat menangis apabila pemuda tersebut mengatakan, "When they asked how long have you been in dunia, they replied, only about a day or maybe a little bit less". Tatkala itu aku mempersoalkan diriku, apa yang telah aku lakukan untuk hari yang dikatakan lebih panjang dari dekad-dekadku di dunia ketika aku di Neredin, Olomouc. Banyak masaku untuk dekad-dekadku aku korbankan semata-mata untuk keperluan yang singkat? Berbanding hari yang tiada lagi kematian yang kedua selepas the Resurrection Day.

Sebenarnya, ramai orang di luar sana yang berusaha mengejar akhirat, tetapi kita buta dalam melihat nilainya. Dunia hari ini dan kita memandang pada kekayaan Bill Gates dan keglamouran James Blunt sebagai satu kejayaan abadi yang bersifat relatif. Atau mungkin juga pada kebijaksanaan Albert Einstein pada hukum fizik, bukan pada betapa hampirnya manusia itu dalam bertemu hidayah dari Allah dalam pengakuannya tentang Tuhan.

Aku meninggalkan jemaah untuk pulang ke Neredin pada hari ke-3 kerana hatiku tidak mampu menerima hidayah yang datang secara mendadak. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini dalam menerima hidayahMu. Sedangkan secara asbab bukit hancur luluh menerima hakikat La Ilaha Illallah, masakan hatiku yang lemah dan longlai dengan segala perasa dunia ini. Kuatkanlah hatiku untuk terus berusaha di Neredin, Olomouc.

Saturday, February 13, 2010

German, Nazi dan Israel

Alhamdulillah, mungkin inilah pertama kali aku dipilih Allah keluar menemui Muslim di Bratislava Slovakia.

Kisahnya seperti biasa tidak bermula dengan aku mengatakan "ya, aku ingin ikut".

Hatiku mengatakan, "keluarlah di jalan Allah".

Tapi satu lagi bahagian dari diri aku mengatakan, "lepaklah dibilik, study chemistry yg xlepas2 lagi nih".

Dan nyata, satu lagi bahagian badan itu menguasai tindakan aku. Namun ternyata Allah punya ke atas badan dan fikiranku apabila seorang hamba Allah menelefon aku bertanya, "Nak pi ka dak?"

dan aku menjawab, "ya". Walaupun badan kata, "xpayah pergi laaa".

Akhirnya badan tewas, fikiran mengawal badab dengan izin Allah.

Mungkin kerana hati telah jatuh cinta pada kisah seorang Muslim, newly born Muslim. Seorang muallaf British dari Crab Family yang baru menjadi Muslim 8 tahun yang lepas, telah keluar meninggalkan anak dan isteri serta pekerjaan selama sebulan untuk mengelilingi Czech berjumpa dgn setiap individu Muslim. Beliau bersama jemaahnya 3 orang yang lain, dari Pakistan yg tinggal di Leeds.

Perajalanan aku ke Bratislava bersama mereka menaiki kereta singgah di Brno untuk membawa bersama seorang lagi Dae'i dari Prague yg cukup fasih berbahasa Czech. Dia juga berasal dari Pakistan dan telah menetap di Czech selama 10 tahun. Beliau telah mengisahkan kepadaku kisah yg seolah2 satu dongengan ketika dia dalam satu perjalanan menaiki bukit. Di atas jalan yg diliputi ais yg licin. Dia melihat kenderaan di kiri dan kanan jalan sedang mengundur kebelakang kerana terlalu licin. Namun kerana yakinnya masyaallah, pada Allah semata2, keretanya bergerak maju ke hadapan membelah bukit yg licin tersebut.

Tiada satu saat pun dalam perjalanan itu aku bazirkan kerana wujudnya suasana. Suasana yg membuatkan aku rasa bersalah jika tidak berzikir kepada Allah. Dalam perjalanan tersebut juga kami sempat tasmi' 10 ayat terakhir Al-Quran. Bersama dengan seorang yg lebih tua, berumur lebih 70 tahun. Pada usia yg mana sepatutnya berada di rumah melayan cucu tapi berada di Czech berjumpa setiap Muslim bercerita tentang apa itu iman, apa itu islam. Dan dia telah melakukan perkara ini sejak usianya 18 tahun. 70-18= 52 tahun berdakwah. Pada saat ini aku bertanya, bilakah aku ingin bermula?

Berbalik kepada tajuk, kisah ini diceritakan oleh Sulaiman, orang British dari Crab family. Pada zaman kebangkitan Nazi di German, pada saat mana israel menjadi kaum yg dihina dan dibunuh. Israel yg dikenalpasti di tangkap dan dimasukkan ke sebuah Detention Camp. Kem yg mana bertujuan untuk menyeksa kaum israel dan dibunuh dengan pelbagai cara. Salah satu siksaan yg dikenankan oleh Nazi adalah dengan tidak memberi makan kepada mereka dalam satu tempoh masa yg lama. Cuma diberi air dengan kuantiti yg cukup untuk hidup. Kerana sudah terlalu ramai, Nazi berniat ingin membunuh mereka. Tetapi bukan dengan peluru mahupun sebarang alatan tajam dan merbahaya, cuma dengan makanan biasa tanpa racun yg sepatutnya memberi kehidupan. Namun, semua orang Israel yg makan mati dengan serta merta. Dalam dunia perubatan dipanggil sebagai Refeeding Syndrome.

Perkara yg lebih penting yg cuba Sulaiman sampaikan adalah diri kita ini dalam menerima iman. Kita jarang menyedari diri kita memerlukan sangat iman. Namun kita telah terbiasa dengan iman yg sangat kurang dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, apabila tiba seruan Allah, susah untuk kita mengatakan YA. Dan sungguhpun apabila kita berkata YA, susah untuk kita menerima kehadiran makanan iman dalam diri apabila berada di jalan Allah. Aku mengatakan diri aku, yg berasakan janggal apabila orang berkata padaku, Allah itu Maha Hebat. Aku tahu hatiku mengatakan Ya, namun ada rasa lain yg membuatkan aku dan ramai lagi diluar sana rasa: "Apehal mamat ni,tiba2 jumpa orang dah le xkenal pun cakap tentang Allah, cakap tentang realiti kehidupan". Aku cuba untuk membawa berbual tapi akhirnya ternyata imanku beku, perbualan menjadi lecture. Akal, Hati dan Badanku lemah dalam menerima tarbiyah yang mendadak dari Allah. Tp aku teingat kata2 sahabatku tatkala mesyuarat fikir atas umat di KMB dulu, "Allah needs no asbab to give a piece of hidayah through our heart".

Ada pun kisah cinta keduaku kepada seorang pemuda yg menetap di Bratislava kerana ucapannya telah meluluhkan seluruh hatiku untuk aku serahkan bulat-bulat kepada Allah kehidupanku bakal bersambung nanti.

ALLAH REALLY KNOW HOW TO TOUCH OUR HEART IF WE SEEK FOR IT...even if it is the story of German, Nazi and Israel...