Saturday, July 24, 2010

72 ke neraka, 1 ke Syurga

Catitan Daurah di Institut Al-Qayyim:

Disampaikan Oleh: Ustaz Salman Mohd Ali

  • Ketika nabi SAW menceritakan tentang umat-umat terdahulu yang diberi kitab kepada mereka, baginda menceritakan tentang bagaimana perselisihan yang berlaku antara mereka tentang kitab tersebut telah memecah-belahkan mereka.
  • Nabi SAW menceritakan pula tentang keadaan masa depan umat Islam. Mafhumnya: Umatku akan terpecah kepada 73 golongan, cuma satu yang akan selamat iaitu Al-Jamaah.
  • Rasulullah SAW juga menyebutkan, perpecahan umat ini lebih daripada perpecahan yang berlaku dalam nasrani dan yahudi (hal ini menyalahkan dakwaan sesetengah penceramah bahawa perpecahan dalam Kristian lebih teruk dari Islam).
  • Perpecahan umat ini juga lebih teruk dari perpecahan dari segi Fikh dan pentafsiran
  • Perpecahan yang dimaksudkan adalah perpecahan akidah.
  • Rasulullah berkata selain Al-Jamaah; jalan yang mana aku dah para sahabat berada di atasnya.
Sesat
  • Hadis palsu timbul selepas wafatnya Usman bin Affan
  • Faktor: Masa, tempat
  • Hadis dari Abdullah bin Umar(mafhumnya): Fitnah akan bermula di Najd (sambil tangan nabi menunjukkan ke arah Najr, kawasan tanah tinggi dari Madinah, pedalaman yang dekat dengan Iraq) dan diulangi 3 kali. Fitnah akan bermula di Masyrik (satu kawasan di timur) dan diulangi 3 kali.
  • Abu Huzaifah r.a. merupakan sahabat yang pakar dalam perkara-perkara Ghaib. Beliau merupakan penyimpan rahsia nabi tentang orang-orang munafik. Beliau ditanya Umar mengenai Fitnah yang dinyatakan nabi dalam hadis di atas. Lalu beliau menasihati Umar untuk tidak risau kerana ada Pintu antara dia dan fitnah itu. Pintu itu akan dipecahkan dan tidak dapat ditutup balik. Lalu setelah meninggalkan Umar, seorang sahabat yang lain bertanya: Apakah pintu itu? lalu berkata Abu Huzaifah, Umarlah pintu itu. Sahabat ini bertanya lagi: Adakah Umar mengetahui bahawa dia adalah pintu? Abu Huzaifah berkata: Umar mengetahui bahawa dirinya pintu lebih daripada dia mengetahui dirinya sendiri.
  • Umar r.a. balik ke rumah dan melihat Ummu Kalthun menangis, lau ditanya mengapa. Ummu Kalthum menjawab, Ka'ab Al-Akhbar mengatakan bahawa kamu adalan pintu neraka. Lalu Umar Al-Khattab pergi bertanya kepada Kaab Al-Akhbar apa yang dikatakan kepada Isterinya tadi. Kaab menjawab, ya Amirul Mukminin, sebelum habis bulanZulhijjah, kau akan memasuki syurga.
  • Ka'ab Al-Akhbar merupakan seorang Yahudi yang baru memeluk Islam, beliau menerangkan kepada Umar bahawa kisahnya ada disebutkan dalam kitab-kitab terdahulu. Umar Al-Khattab dikatakan sebagai orang yang berada di pintu neraka menghalang daripada umat Nabi Muhammad memasukinya. Apabila Umar meninggal, tiada lagi yang akan menghalang umat nabi Muhammad dari terjerumus ke dalam neraka. Fitnah akan berleluasa. Umar meninggal dunia sebelum tamatnya bulan Zulhijjah.
  • Pemerintahan bertukar tangan kepada Uthman bin Affan. Beza antara Umar dan Uthman: Umar membiarkan keluarganya miskin, Uthman banyak membantu keluarganya. Kisah: Anak kepada Umar membela seekor lembu, dibiarkannya lembu itu berkeliaran di kota, lalu gemuklah lembu tersebut, Umar bertanya, mengapa gemuk benar lembu ini, anaknya menjawab: aku hanya membiarkannya di kota. Umar memerintahkan anaknya menjual lembu tersebut dan mengambil sekadar ketika lembu itu kurus, selebihnya disedekahkan.
  • Kisah Uthman: Seorang munafik meniru tulisan Khalifah ini dan mencuri cap Mohornya untuk menulis surat perintah bunuh kepada anak Umar Al-Khattab yang ketika itu menjadi Gabenor di Mesir. Surat itu diberikan kepada kelompok di Mesir. Kelompok dari mesir itu marah lalu mengatur rombongan ke Baghdad. Mereka mengepung Uthman lalu memberi 3 pilihan:
  1. Melepaskan pemerintahan dan biarkan umat Islam untuk memilih pemerintahnya yang baru
  2. Melaksanakan hukum Qisas
  3. Hukum bunuh dari pihak Mesir ke atas Khalifah
  • Umar menjawab:
  1. Aku tidak akan melepaskan baju(tanggungjawab Khalifah) yang Allah telah pakaikan ke atas aku.
  2. Tiada siapa yang terbunuh, oleh itu tiada hukum Qisas yang perlu dilaksanakan
  3. Kalau kamu membunuh aku, nescaya kamu tidak akan melihat lagi umat Islam bersolat Jemaah bersama-sama, kamu tidak akan melihat lagi penyatuan dalam Umat ini.
  • Kelompok dari mesir ini mengambil keputusan membunuh Khalifah tersebut. Lalu mengangkat Ali sebagai sebagai Khalifah. Berita pembunuhan ini sampai kepada Aishah dan Muawiyah. Perang Aisyah-Ali: perang Jamal. Aisyah kalah. Perang Muawiyah-Ali: perang Tafkim. Muawiyah kalah tetapi Muawiyah berhelah (berlandaskan nas dari hadis nabi SAW - bolehnya berhelah dalam perang). Apabila tentera Ali meletakkan senjata, Muawiyah mengangkat kembali senjata menguasai keadaan.
  • Selepas daripada perang tersebut, Umat islam berpecah kepada 3 kelompok; Syiah, Khawarij dan Al-Jamaah
  1. Syiah - mengatakan bahawa khilafah(bukan khalifah) perlu ditentukan menerusi ketentuan, dalam kes Khalifah, Ali dan keterunannya menjadi Khalifah.
  2. Khawarij - Khilafah perlu ditentukan dengan ijtihad, tetapi tiada nilai ijtihad tersebut
  3. Al-Jamaah - Khilafah ditentukan dengan Ijtihad sahaja.

Perkembangan Islam di Iraq
  • Ketika nabi menyebarkan Islam dalam kalangan para sahabat, tiada persoalan, sahabat terima sepenuh hati. Tidak pun dipersoalkan dimana Allah, bukti kewujudan Allah dsbgnya.
  • Namun di Iraq, perkembangan tamadun-tamadun awal, percampuran antara Yunani, Greek dan Parsi menyaksikan perkembangan ilmu falsafah. Sebelum kedatangan islam. Ahli-ahli falsafah tidak dapat mendefinisikan Tuhan dan Ilmu-ilmu ghaib.
  • Setelah kedatangan Islam, pertembungan antara Falsafah dan Akidah menghasilkan masalah yang merumitkan. Mereka mempersoalkan tentang akidah, takdir dan Zat Allah. Lalu muncullah golongan Muktazilah yang menafsirkan Hadis dan Al-Quran menggunakan akal semata-mata.
  • Imam As-Syafie pada ketika itu berkata: tidak ada yang lebih aku benci melainkan Falsafah dan Ahli-ahlinya. Imam Syafie mengambil sifat berkecuali dengan menghalau ahli-ahli falsafah yang berada dalam majlis-majlis ilmunya.
  • Namun begitu, ada golongan yang memikirkan, muktazilah ini perlu dilawan. Lalu muncullah golongan Asyairah dan Maturidiah.
  • Golongan Muktazilah ini mempersoalkan tentang logik pada hari kebangkitan nanti, roh dan jasad atau roh sahaja. Kerana mereka berpendapat jasad manusia ini terdiri daripada beberapa jasad manusia yang lain. Golongan anti-muktazilah menjawab, apakah susah bagi Allah mengumpulkan kembali roh dan jasad daripada pelbagai jasad sedangkan Allah telah menciptakan manusia daripada tiada apa-apa kepada ada
  • banyak lagi yang menarik tentang persoalan2 muktazilah, namun tidak menjadi maslahah untuk dibincangkan kerana umat islam hari ini memerlukan kembali kepada Islam, bukan persoalan2 ranting.
Perbincangan tentang 73
  • Dalam budaya masyarakat Arab, 7 bermaksud banyak. Tafsiran ini cuba menyampaikan bahawa, dalam hadis tersebut tidak disebut tentang nombor itu secara spesifik, tetapi keadaan yang bakal berlaku nanti.
  • Kesesatan yang timbul atas 3 sebab. Berdasarkan hadis lain dari Imam Baihaqi dan seorang imam yang lain(xingat nama!!) mafhumnya: dari Nabi SAW: Agama ini akan dipikul oleh orang-orang yang terbaik dan mereka yang akan pertahankan dari orang yang melampaui batas, orang yang ingin merosakkan dan orang yang jahil.
  • Oleh itu cara manusia sesat:
  1. Pelampau - menyimpang
  2. Perosak - dakwah palsu
  3. Jahil - takwil dan tafsiran
Cuma Ibnu Taimiyah satu-satunya tokoh Islam yang tidak hanyut dalam mempelajari falsafah

Bebaskan akal, pergi kepada nas dalam mempelajari agama.

Ternyata kalau ada kelemahan, mohon ditegur. Terima Kasih kepada Ustaz Salman, senior di Al-Mashoor (lelaki) dahulu...dan juga kepada Siraj yang sudi mengajak.

Wallah hua'lam.

2 comments:

Sang Pujangga said...

Hilang pulak peluru(translate) kat tepi every point...kalau xpaham, ckp ek..edit balik nnti...

Khairul Anam Mansor said...

Alhamdulillah
menarik berharap sungguh bleh join:)