Rutin ramadan setiap hari bermula sesudah sahur. Dengan baju melayu dan kain pelekat, aku dan abang membonceng motosikal menabrak embun kesejukan pagi menuju ke masjid. Alunan azan kadang2 boleh menyebabkan kelajuan motosikal bertambah semata-mata untuk mengejar solat sunat yang fadhilatnya dunia dan isinya.
Alhamdulillah, sempat. Seperti biasa, aku akan mencari port terbaik di sebelah kanan tiang besar, manakala abang di sebelah kiri tiang besar. Kami tidak rancang untuk ini, cuma naluri masing-masing yang berbeza. Seusai solat sunat, aku memerhati ke belakang, kiri dan kanan. Hati mengeluh,"manalah tok imam ni."
Muazzin pun memandang padaku dan aku pura-pura berbuat tidak nampak. Iqamat dilaungkan. Muazzin memandang lagi ke arahku. Kali ini kalau aku buat-buat tak nampak lagi, memang nak kena lempang. Memahami maksud muazzin itu aku bangun tangkas menyambar microfon mini tersebut. Sepeti biasa, jika imam tua tiada, aku digelar imam muda walaupun telah beruban seperti telah berumur 40-an.
Telah lama rasanya, aku tidak menggunakan doa qunut dalam witir di dalam solat subuh. Aku lebih selesa dengan doa qunut nazilah setelah naqibku meyakinkan yang demikian itu. Jadi, dalam qunut kali ini, aku menggunakan qunut yang jarang didengari mungkin oleh makmum.
Kebiasaan masyarakat melayu, mereka tidak akan bertanya pada perkara yang mereka dapat pelajari secara tidak formal, hanya mengikut. Namun, seusai solat, ada seorang pakcik menghampiri, bersalam dan mengucapakan terima kasih. Kemudian bertanya, "qunut tadi awat pelik semacam?"
"owh, pakcik, ni lah qunut nazilah"
"oh, terima kasih, ha, baguslah."
Jujur, aku agak tercengang dengan ucapan pakcik tersebut, oleh itu aku akhiri dengan senyuman. Dan begitulah rutin ini berulang apabila imam yang dilantik mungkin melanjutkan subuh dirumah setelah qiam.
Tetapi, hari ini, aku menggunakan qunut adat kebiasaan masyarakat melayu, dan pakcik tersebut masih lagi mengucapkan terima kasih, dan aku masih lagi tercengang dengan ucapan pakcik tersebut. Walaupun tidak sempat bersalaman dengan pakcik tersebut di dalam barisan saf, dia akan mencari aku diluar masjid ketika aku sudah bersiap untuk merempit pulang.
Mungkin Allah nak ajar aku ucapkan terima kasih....kerana menurut kajian Fadillah Kamsah, orang bulan November susah untuk berterima kasih. Mungkin kerana itu, aku tercengang selalu.
~dan aku masih tercengang tatkala menulis post ini~
Wednesday, August 25, 2010
Friday, August 20, 2010
911, Mosque, WTC
Salam to All
There is no concrete evidence to say that Muslim is the criminal in the 911 case.
Muslims that want to built the Mosque, are American citizens.
They pay the cost by themselves.
It is freedom of faith country.
They are not building a Military Training Center
It just an issue to bring the American people away from the Remeberance of Al-Quds (21st August)
Even, the Islamic Center is not just for Muslim?
7 points, ooo anti-Muslim out there, hoping that Allah open your heart.
Salam.
Wednesday, August 18, 2010
Kebencian akan kembali menular
Pada saat dan ketika ini
Mereka akan lupa pada seruan-seruan keamanan
Satu kelompok masyarakat yang populasinya 1.6 bilion
Bakal menjadi sasaran
Barrack Obama tidak menyeru secara langsung
Atau, pembonekanya lebih tepat
Tetapi hanya dengan satu isu kecil
Diwar-warkan seolah runtuhnya dunia
Dahulunya masyarakat inilah
Yang menyeru
Give peace a chance
Hakikatnya, peace=islam
Akan datang zaman
1.6bilion akan diuji sepertimana bani Israel
Walau hakikatnya kurang
Bukan angka yang kita risaukan
Bersabarkah umatku Islam
Dan Ingatlah masyarakatku dunia, kebenaran itu sentiasa ditentang, untuk zatnya.
Thursday, August 12, 2010
Tertekan
Walau orang kata baca Al-Quran itu menenangkan,
tp bg aku agak tertekan sebab lemah dalam bahasa arab...faham sipi2 je...tertekan...
Walau orang kata, mendengar Al-Quran itu menenangkan,
tp bg aku agak tertekan sebab aku xhafal part yg dibacakan itu...dan faham satu dua perkataan je...lagi tertekan...
Ya, Allah, andai kata jahil hamba mu ini, bantulah dengan cara yang kau redhai ke atas ku....
Ya Allah, andai kata rezeki itu bukan milikku, bantulah aku dengan cara yang engkau redhai...
Ya Allah, andai aku melakukan kesilapan, tunjukilah aku jalan kembali yang engkau redhai...
Andai orang yg berkata itu salah, berilah aku kekuatan berada di jalan yang betul, dan jalan orang yang membetulkan...
-Pujangga serabut+kompleks-
Saturday, August 7, 2010
Kisah Sikh (Sumber:Ust Maszlee)
Tersebutlah kisah, seorang sikh yang sedang beribadat kepada tuhannya. Dia sangat tekun beribadat sehinggakan orang ramai mengangkatnya sebagai seorang yang sangat 'alim'. Lalu si sikh ni pun bertambahlah pengikutnya dari hari ke hari.
Pada suatu hari, ketika pengikutnya sedang ramai., nak dijadikan cerita, hadir seekor kucing yang menggangu per-sembahan-nya. Lalu, untuk mengelakkan kucing tersebut mengganggunya dan pengikutnya, dia pun mengikat kucing tersebut di sebuah tiang.
Dan setiap kali sembahyangnya sikh tersebut, hadirnya kucing tersebut, dan untuk ke sekian kalinya kucing itu terus diikat. Berlalulah zaman berganti zaman, daun luruh diganti daun baru, bersilihnya sejuk dan panas, hujan dan guruh. Ditakdirkan, sikh tersebut mati dalam keadaan ke-sikh-annya.
Disebabkan terlalu 'alimnya' sikh tersebut, maka ramai pengikutnya sedih akan kematian sikh tersebut. Maka mereka pun kerana terlalu kasih, mengikut setiap cara sembahyangnya sikh tersebut terhadap tuhan mereka. Oleh itu kucing yang mulanya diikat di tiang hanya kerana mengganggu upacara sembahyang, kini dijadikan upacara wajib dalam sembahnyangnya pengikut-pengikutnya.
Apabila ditanya kepada pengikutnya, kenapa perlu diikat kucing tersebut, lalu jawab pengikutnya, "Ini dulu orang 'alim' kami buat, kami kena ikut."
pengajaran: fikir-fikirkanlah...sengaja dibiarkan pengajaran dalam keadaan subjektif.
Subscribe to:
Posts (Atom)