Monday, February 28, 2011

Antara Ruhi dan Ilmu

Mengambil pengalaman dalam hidup, dari bab ruhi semata-mata, telah mejadikan aku cukup stereotaip terhadap golongan-golongan ilmuan setelah sekian lama

Apabila pengalaman ilmu menelusuri, terasa satu bebanan yang cukup berat menimpa diri, pada masa yang sama, semangant ruhi masih menolak, kerana pada ilmu itu, ruhi disokong, dengan penerangan yang lebih jelas dari sekadar emosi buta.

Pastinya, pengadaptasian ilmu itu akan melemahkan segenap pemikiran untuk menerima part2 yang salah yang diimani dalam keruhian buta. Dan sedikit demi sedikit ia terhakis.

Ada ulama' ilmu yang telah berjaya menjadi asbab  hidayah kepada hatiku, menyentuh jiwa, bercucuran air mata, gemuruh hati, bergelora jiwa merasa adrenalin menerobos ke seluruh pelusuk pleura dan vein, setiap kali aku mendengarnya berulang kali.

Aku doakan orang2 yang dekat dengan hatiku, untuk merasakan manisnya hidayah, walaupun mungkin setiap hari dia bergelumang dengan dosa yang aku benci pada perbuatannya.

Monday, February 21, 2011

Masih membenci pengurusan manusia...sgt dan teramat sangat...

kerana saya tidak tahu....tidak tahu di mana hendak mulai....bagaimana sinkronisasi...dan macam2 lagi...paling penting kerana ia manusia...penuh dengan subjektiviti

saya amat negatif tentangnya...amat tegar dengan fobia masa lampau...

kalau perkara ini masyarakat nak jadikan ukuran untuk perkahwinan, mungkin selamanya tidak aku menyentuh wanita...

aku tidak langsung mahu mengabaikan tanggungjawab...malah aku menjaga tanggungjawab segala mampuku...namun aku benci sangat dengan perasaan sendiri...ketika berada dalam keadaan itu...dan Allah mengetahui apa yang aku lakukan untuk menghilangkan kebencian itu...


Makin byk aku menzikiri benci, risau jahiliah menguasai diri...tetapi kebencian amat mendominasi...ya Allah,halang aku dari kekiri...

*emo*

Thursday, February 17, 2011

Menjadi muslim itu sangat popular.


Islam itu tidak pernah mendoktrin umatnya secara membabi buta. Kerana Islam satu deen yang bersifat unversal, yang bukan turun hanya untuk kaum arab di jazirah arab, melayu di nusantara, Turki di Istanbul dan sebagainya.

 Hakikat hari ini, islam itu cukup popular seantero dunia dengan pengikutnya yang berbilang bangsa. Berdasarkan perangkaan statistik yang dikeluarkan oleh CIA, bilangan muslim secara kasar di dunia adalah 1.82 billion daripada 6 billion penduduk dunia pada tahun 2009. Statistik ini tidak pun membuktikan kita mampu melakukan apa-apa. Cuma ia memberi satu tanda bahawa menjadi seorang muslim adalah sesuatu yang sangat popular. 

Masihkah ingat kita pada tragedi 11 September, tragedi pengeboman di Moscow, tragedi pengeboman di London, video Youtube berkaitan dengan Muslim Growth in Europe yang sangat merisaukan kesatuan EU, penyembelihan rakyat Palestin yang secara umumnya dunia mengetahui bahawa Palestin itu negara majoriti Islam, teori domino yang sedang melanda dunia timur tengah yang menimbulkan kegelabahan Glenn Beck tentang kebangkitan Khalifah sedang bermula dan banyak lagi. Tidakkah cukup event2 ini membuktikan bahawa muslim itu sangat amatlah popular.

 Oleh itu apalah salahnya kalau kita bersolat secara sempurna apabila di dalam tren sekiranya ada ruang yang memungkinkan kita berbuat demikian? Dalam keadaan ini, mungkin bukan cara solat kita yang dinilai Allah, tetapi usaha kita dalam mendirikan solat sesempurna mungkin mengikut Nabi SAW. Mungkin ada yang akan bertanya, mcmmana kalau orang Czech nampak? Kita harus berfikir, the worst scenario yang bakal menimpa kita dan muslim society secara amnya. Secara logik, tidak mungkin kalau kita solat, secara tiba2 orang2 Czech yang melihat ni nak pukul. Hal ini amat luar biasa sekali untuk berlaku. Mungkin ada yang berfikir; nanti habislah umat muslim Czech kena ban. Tiada perubahan pun yang berlaku ke atas tempat kita bersolat tersebut, jadi tiada pun sebab untuk mereka tidak menghormati hak asasi kita sebagai manusia yang beragama.

Bukanlah saya ingin membawa fahaman baru bahawa bersolatlah secara terbuka. Tetapi, cubalah sedaya mungkin, dalam solat fardhu, untuk kita melakukannya secara sesempurna mungkin.  Tidak kiralah di dalam tren, di fakulti, di tempat2 awam dsbg. Saya ingin menanamkan fikrah untuk kita berusaha sehabis baik untk menunaikan solat fardhu sesempurna mungkin (saya tidak memaksudkan perlaksanaan ruksah itu tidak sempurna). Berfikirlah secara luas tentang reaksi masyarakat terhadap kita. Berfikirlah secara luas tentang mesej yang cuba saya sampaikan melalui nukilan yang serba lemah dengan dalil ini.

 
Sesiapa yang akhirat itulah perkara yang paling utama dalam kehidupan, MakaAllah akan jadikan kekayaan itu berada dalam jiwanya, Allah akan susun urusannya, Dan dunia itu datang kepadanya dalam keadaan hina.

Sesiapa yang dunia itu perkara yang paling dia susah hati, Allah jadikankefakiran itu di antara 2 matanya, Dipecah-pecahkan urusannya. Tidaklah dunia itu datang kepadanya melainkan sekadarnya.