Tuesday, October 25, 2011

Catatan Umrah Bahagian 1

Berita tentang kelulusan visa dari Kedutaan Arab Saudi di Prague sudah cukup mengubat dan men"remedi"kan hati yang hampir hancur luluh setelah hampir 3 minggu naik turun ke bandar yg dilalui sungai Vltava itu. Hanya Allah yang mengetahui peritnya apabila Puan Pegawai visa yang mungkin berbangsa arab itu hanya mengatakan, "Your Long Term Visa in Czech was expired, we can't process ur visa for umra!".
Ayat itu diulangi hampir berulang kali walaupun setelah kami menerangkan segala situasi kami. Amin yang pada mulanya fasih berbalas Czech dengan Puan pegawai tersebut pun sudah bingung untuk bercakap dalam nada yang lebih sopan.
 Alhamdulillah, dalam masalah ini Allah tunjukkan kepada kami jalan melalui agen kami sendiri. Genap 2 hari sebelum tarikh kami dijadualkan terbang, Puan Pegawai visa yang mulanya garang itu, mengucapkan kepada kami 'Have a nice Umrah'. Sangat lega.

* * * *
Banyak tetingkap laman sosial yang bersawang di skrin laptop, setelah pengumuman dibuat di laman sosial berkenaan keberangkatan kami ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengirim doa. Biasanya bagasi yang diangkut untuk pulang ke Malaysia begitu ringan, namun kali ini agak berbeza. Mungkin juga bulan Ramadan ini memberikan sedikit kelainan kepada masyrakat Malaysia yang masih tinggal di Olomouc. Ukhuwah yang agak rapat terjalin. Agak berat juga mungkin untuk meninggalkan si comel Farhana yang baru saja aku kenali sebagai seorang anak kecil yang amat fasih dalam bahasa Uzbek, Russia, Czech dan English, dan agak byk bercakap.

Perjalanan bermula seawal 5:12pagi ke Vienna menaiki train R700 Buchlov dengan transit di Ceska Trebova selama 10 minit. Terima kasih kepada Shukran Aziz dan Kak Umol kerana sudi menghantar sehingga ke pintu tren. Tren mengambil masa selama 4 jam 10 minit dengan bayaran yang agak mahal dari biasa. Bermulanya langkahan pertama dalam tren, hati sudah mula berdetik, "Apakah mungkin aku sampai ini  dengan keredhaan Tuhanku?". Cukup kuat hati ini bertarung dengan pelbagai rasa.

Kami tiba agak awal di Wien Flughaffen (Lapangan Terbang Vienna) menyebabkan kami terpaksa menjadi seperti kutu rayau melepak di jalanan. Gelagat manusia banyak dari pelbagai bangsa dan negara diperhatikan. Agak ramai yang kelihatan seperti orang Arab, tidak kurang juga beberapa manusia bertudung yang pelbagai. Umumnya masyarakat Islam Komited di Austria lebih ramai berbanding di Czech Republic. Aku dan Amin tidak pernah bertemu dengan Muhammad, orang yang menguruskan tiket perjalanan umrah kami. Jadi kami teka meneka bagaimanakah mungkin fizikal Muhammad itu. Amin mengatakan dia mungkin agak gempal kerana dia amat peramah dalam perbualan telefon. Aku menyangka dia akan memakai pakaian yang agak eksekutif untuk bertemu dengan clientnya. Tetapi jangkaan kami ternyata salah. Muhammad yang dimaksudkan itu hanya seorang anak muda sekitar umur 30-an datang dengan berpakaian smart casual. Sangkaan yang amat meleset.

Kesimpulan bahagian pertama:

Daripada pegawai visa yang garang dan bermuka masam, yang hanya tahu berbahasa arab dan Czech mengingatkan aku kepada lemahnya Bahasa Malaysia di Negaranya sebagai bahasa kebangsaan. Walaupun ada baik buruknya, mungkin perlu ditimbang berdasarkan kepada beberapa faktor. Rakyat Czech sangat mementingkan bahasanya.

Si comel Farhana yang mampu menguasai pelbagai bahasa dalam umur 10 tahun sangat menakjubkan.

Keikhlasan itu tidak pernah ada ukuran, tetapi penunjuknya adalah kerisauan yang kita mainkan di dalam hati.

Percubaan menilai seseorang berdasarkan satu perwatakannya dari satu sudut adalah sangat berbahaya. Tidak semestinya suara dan gaya bercakap menggambarkan fizikalnya. Boleh dikembangkan pemikiran ini dalam banyak penilaian yang lain.

Wallahua'lam.

Friday, October 14, 2011

Apabila ditanya, katakanlah ia Pahit

Assalamualaikum,

Minta maaf kalau penulisan kali ini lebih bersifat berat sebelah dan tidak langsung memandang dari kepelbagaian sudut. Simply hanya berkaitan dengan perkara2 tertekan dalam hidup sepanjang minggu ini.

1. Biochem, insyaAllah, yang ini aku usahakan dengan cara yang Allah redhai.InsyaAllah Allah akan berikan keputusan dengan cara yang paling Allah redhai. Dan Alhamdulillah, tidaklah terlalu menekan dalam perkara ini.

2. A dan B, kemudian sekarang C, padahal jumlah bilangan yang berada sekarang tidak langsung memerlukan kepada sebarang division. Saya lebih memandang isu ini sebagai kepentingan kompeni masing2 dalam jangka masa 6 tahun ini. Walaupun 'pelali' yang sama digunakan, hati masih mengatakan mengapa perlu kepada kepelbagaian ini sedangkan lebih perlu untuk duduk dan berbincang bersama berbanding dipecahkan dan membawa haluan masing. Dalam kebanyakan perselisihan saya amat terbuka, tetapi tak tahulah dalam perkara seperti ini saya berasa sangat pahit dan negatif. Dengan keakraban yang terbina saya rasakan bagai ditipu dan masing2 sudah tidak lagi ada sifat percaya sepertimana ketika kita berada dalam 4 batch dahulu. Mungkin ada yang nak mengatakan syaitan mengapikan jiwa saya yang mungkin menemui pelbagai pengalaman pahit dengan sistem divisi ini(lebih byk manis sebenarnya, tetapi telah diliputi arang kepahitan yang penuh kebencian). Aku tidak lagi merasa terdidik dengan jalan ini, menjalani hari yang penuh penipuan, tidak punya ilmu yang banyak dalam hal ini, tidak punya sebarang kepentingan(selain Allah dan Rasulnya) dan tidak punya sebarang niat lain selain ingin melihatkan rakan2 selepas keluar dari Universiti ini paling tidak pun tahu mencari kumpulan mereka sendiri. Kalau tidak pun berlaku begini, paling tidak, ada nilai takwa yang melindungi setiap dari mereka dari melakukan sebarang kemungkaran. Apa yang saya lihat sekarang hanyalah perkara yang mereka namakan usrah itu dijadikan rutin setempat(saya sangat bias dalam pendapat ini kerana tertekan). Saya tidak lihat pada perbezaan metodologi itu melebihi dari kepentingan survival divisi masing-masing. Platform Czemsa hanya pada nama, untuk mendapatkan rekognisi dari golongan yang mungkin dianggap raja disini. Saya melihat patternnya tidak akan ubah sepertimana berlaku di Jordan, Mesir, UK dan Ireland, ruang lingkup yang saya kira cukup kecil berbanding peluang yang mungkin ada itu lebih besar. Saya mungkin lebih kepada mengomel seorang diri dalam masalah ini.

*maaf, pertimbangan utk perkara kedua ditulis dalam keadaan yang ingin menyatakan rasa amat sangat tertekan seorang daie muda yang baru menyusu 1 bulan. Sangat tidak matang dan bersifat kebudak-budakan. Masih ampuh dan lemah untuk bergerak.

3. Love. [fullstopp]

4. Microbiology

5. Pato+ Pathofisio. Lecture yang susah difahami sudah mula menjalar. Tiada lagi main2 dengan misteri nusantara setiap minggu.


Maafkan saya kerana saya begitu negatif dalam perkara kedua. Saya tidak bina negativiti ini dalam masa sehari mahupun 3 tahun. Hanya seperti nanah lama kembali mensepsis(busung).

Moga keredhaan Allah dalam setiap halangan yang kita hadapi dalam menelusuri ranjau ini. Saya sedar ketidaklayakan saya untuk mengomel panjang dalam perkara kedua. Cuma saya harapkan kita tidak berada dalam pattern seperti kebiasaan, yang mana akhirnya kita meninggalkan yang non-muslim dan muslim yang tidak tertarik dengan persaingan tidak bijak kita.

Wallahua'alam.

*insan yang sangat emosi* (walaupun dia selalu pakai logik dan objektiviti sebelum ini)

Thursday, October 6, 2011

You are my friends bai/bro!!!

Rasa lain kan, kalau orang yang kita xpernah cakap pasal basketball or bola, tiba2 kita nak terjah masuk je sembang pasal tu.

Mungkinkah itu hukum alam? Yes, maybe.

Ia berlaku dalam menyampaikan apa yang Rasul sampaikan. Pelikkan kalau orang yang dah terbiasa dengan budaya hedonistik (wah, lama xpakai perkataan ni, last time: SPM), tiba kita cakap pasal Islam is the best solution to ur daily problem. Orang tu mungkin menjawab (dalam hati), I don't have any problem at all, hidup happy je.

hmmm, itu apa yg orang selalu ucapkanlah, tapi ada la pernah terdengar hadis, yg mafhumnya, manusia ni ada masa dia kuat, ada masa dia lemah, tetapi sapa2 yg time lemah dia, dia kembali kepada selain sunnahku, maka dia akan mendapat kecelakaan. Sapa yang kembali kepada sunnahku, dia akan mendapat rahmat dan petunjuk. Ermm, sila rujuk balik ek matan hadisnya...

Apa nak bagitau kat sini, kadang2 kita hanya menipu diri sendiri dengan perkataan yang kita ucapkan untuk xnak terjebak dalam kehidupan yang kita tahu hakikatnya berpasangan. Kalau happy, mesti ada time sedih. Kalau kita dah biasakan diri kita dengan penipuan ini hari demi hari, xmustahil kita akan berakhir samaada di wad psychiatry atau psychology. Atau kemungkinan di wad kecemasan(kerana membunuh diri). Whose among humans know their ending?

My friends? Love them...but to what extent I love them is difference on how translucent and often I talk to them. Day to day I try to bring them to Al-Quran and Sunnah. Hopefully I will continue this work insyaAllah as my opportunity to collect as much "rhyshens"(I don't know the exact spelling) in this world for the hereafter.

Kalau friends baca ni, know that I am full of agenda towards you...he3...(macam la scary sgt)...Its a good one lah...(^_^)

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

-surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Wallahua'lam