Berita tentang kelulusan visa dari Kedutaan Arab Saudi di Prague sudah cukup mengubat dan men"remedi"kan hati yang hampir hancur luluh setelah hampir 3 minggu naik turun ke bandar yg dilalui sungai Vltava itu. Hanya Allah yang mengetahui peritnya apabila Puan Pegawai visa yang mungkin berbangsa arab itu hanya mengatakan, "Your Long Term Visa in Czech was expired, we can't process ur visa for umra!".
Ayat itu diulangi hampir berulang kali walaupun setelah kami menerangkan segala situasi kami. Amin yang pada mulanya fasih berbalas Czech dengan Puan pegawai tersebut pun sudah bingung untuk bercakap dalam nada yang lebih sopan.
Alhamdulillah, dalam masalah ini Allah tunjukkan kepada kami jalan melalui agen kami sendiri. Genap 2 hari sebelum tarikh kami dijadualkan terbang, Puan Pegawai visa yang mulanya garang itu, mengucapkan kepada kami 'Have a nice Umrah'. Sangat lega.
* * * *
Banyak tetingkap laman sosial yang bersawang di skrin laptop, setelah pengumuman dibuat di laman sosial berkenaan keberangkatan kami ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengirim doa. Biasanya bagasi yang diangkut untuk pulang ke Malaysia begitu ringan, namun kali ini agak berbeza. Mungkin juga bulan Ramadan ini memberikan sedikit kelainan kepada masyrakat Malaysia yang masih tinggal di Olomouc. Ukhuwah yang agak rapat terjalin. Agak berat juga mungkin untuk meninggalkan si comel Farhana yang baru saja aku kenali sebagai seorang anak kecil yang amat fasih dalam bahasa Uzbek, Russia, Czech dan English, dan agak byk bercakap.
Perjalanan bermula seawal 5:12pagi ke Vienna menaiki train R700 Buchlov dengan transit di Ceska Trebova selama 10 minit. Terima kasih kepada Shukran Aziz dan Kak Umol kerana sudi menghantar sehingga ke pintu tren. Tren mengambil masa selama 4 jam 10 minit dengan bayaran yang agak mahal dari biasa. Bermulanya langkahan pertama dalam tren, hati sudah mula berdetik, "Apakah mungkin aku sampai ini dengan keredhaan Tuhanku?". Cukup kuat hati ini bertarung dengan pelbagai rasa.
Kami tiba agak awal di Wien Flughaffen (Lapangan Terbang Vienna) menyebabkan kami terpaksa menjadi seperti kutu rayau melepak di jalanan. Gelagat manusia banyak dari pelbagai bangsa dan negara diperhatikan. Agak ramai yang kelihatan seperti orang Arab, tidak kurang juga beberapa manusia bertudung yang pelbagai. Umumnya masyarakat Islam Komited di Austria lebih ramai berbanding di Czech Republic. Aku dan Amin tidak pernah bertemu dengan Muhammad, orang yang menguruskan tiket perjalanan umrah kami. Jadi kami teka meneka bagaimanakah mungkin fizikal Muhammad itu. Amin mengatakan dia mungkin agak gempal kerana dia amat peramah dalam perbualan telefon. Aku menyangka dia akan memakai pakaian yang agak eksekutif untuk bertemu dengan clientnya. Tetapi jangkaan kami ternyata salah. Muhammad yang dimaksudkan itu hanya seorang anak muda sekitar umur 30-an datang dengan berpakaian smart casual. Sangkaan yang amat meleset.
Kesimpulan bahagian pertama:
Daripada pegawai visa yang garang dan bermuka masam, yang hanya tahu berbahasa arab dan Czech mengingatkan aku kepada lemahnya Bahasa Malaysia di Negaranya sebagai bahasa kebangsaan. Walaupun ada baik buruknya, mungkin perlu ditimbang berdasarkan kepada beberapa faktor. Rakyat Czech sangat mementingkan bahasanya.
Si comel Farhana yang mampu menguasai pelbagai bahasa dalam umur 10 tahun sangat menakjubkan.
Keikhlasan itu tidak pernah ada ukuran, tetapi penunjuknya adalah kerisauan yang kita mainkan di dalam hati.
Percubaan menilai seseorang berdasarkan satu perwatakannya dari satu sudut adalah sangat berbahaya. Tidak semestinya suara dan gaya bercakap menggambarkan fizikalnya. Boleh dikembangkan pemikiran ini dalam banyak penilaian yang lain.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment