Thursday, July 1, 2010

Matang

Sekiranya anda masih merasakan A apabila diusahakan akan menjadi B, berdasarkan ilmu dari buku dan dari yang anda belajar, anda masih belum cukup matang.

Bagitu juga apabila anda belajar dan berusaha, untuk melepasi sesuatu ujian. Kemudian anda meletakkan percaya, usahaku sedemikian dan sebegini, konfem Allah akan bagi apa yang aku nak. Tidak juga anda matang.

Kerana dunia itu tidak berputar atas konsep logik. Malah konsep logik itu sendiri sesuatu yang bersandarkan pada ilmu pengetahuan yang lain. Ia tidak terteguh dengan sendirinya. Oleh itu, letakkanlah pada Allah, dan baik buruk itu bukanlah pada pandangan manusia. Akuilah Allah itu tuhanmu dan tuhanku, Muhammad itu contoh ikutan terbaik. Kita hanyalah ilusi apabila kita melupakan pencipta kita.

1 comment:

Amal Asyura said...

teringat perkongsian seorang sahabat:
sepatutnya kita gunakan dunia (etc harta dll) utk dekatkan diri pada Allah
tp apa yg berlaku, kita gunakan Allah utk dapatkan dunia