Tuesday, March 24, 2009

Pendakwah..Anda orang paling hina..

Diletakkan dengan syarat yang mana:
1. kalau anda hanya bernama pendakwah, tetapi tidak menyampaikan apabila perkara itu berlaku dihadapan anda kerana anda takut sesuatu selain Allah.

2. Kalau anda berdakwah hanya apabila dipanggil dalam satu sesi ceramah dan kemudian anda dibayar sejumlah wang untuk "dakwah" anda yang menarik.

3. Kalau anda berdakwah tetapi anda sendiri tidak mengamalkan apa yang didakwahkan.

4. Kalau anda berdakwah tetapi anda menganggap orang yang anda dakwah itu tiada harapan untuk berubah, lebih teruk apabila anda berdakwah kerana orang itu bukan kerana diri sendiri.

5. Kalau anda berdakwah tetapi anda tidak yakin dengan Hadis dan Al-Quran kerana anda mengatakan Al-Quran dan Sunnah pada zaman itu.

6. Kalau anda mengatakan anda memaki hamun seseorang itu sebagai berdakwah.

7. Kalau anda berdakwah kerana sesuatu didalam hati anda berbisik: Kalau tiada kau habislah mereka ini.

No comments: