Saturday, September 26, 2009

Morfologi

Dalam badan manusia punya setiap bahagian dan setiap bahagian mengandung bahagian yg lain, samalah juga dalam setiap bidang ilmu ada ilmu yg mengandung ilmu yang lain. Sehinggalah ke dalam itu manusia mengertikannya kerana ilmu perkara yang amat bermakna,

Anatomi, menyedarkanku ttg setiap bahagian daripada sekecil-kecil bahagian, odontoid, tubercle, crest, trapezoid, dan processes punya peranan yg belum ku pelajari. Pastinya setiap bahagian yg dihafal itu akan digunakan untuk pemahaman untuk fungsi tubuh yg berikutnya yg akan ku pelajari dalam masa yang mendatang sekira dipanjangkan umur. Tiada signifikansi yg boleh dinafikan peranannya.

Dalam dunia ini sendiri, manusia diciptakan dengan dengan peranan, walaupun peranannya adalah persis jijiknya tinja namun ia tetap penting. Allah telah menyatakan dengan jelas tujuan Dia mencipatakan sekalian makhluk;untuk beribadah kepada-Nya. So what?!! Ask your self and my self what have I done for that major purpose and objective. Don't see what others doing are wrong instead ask ourselves what I didn't do that makes him or her or it become like that.

Have a strong relation to the Creator who knows you what you didn't about yourself and around you.

aku harap idea penulisanku bertambah jelas dari hari ke hari.....

Saturday, September 12, 2009

Markas di Czech

Aku memang sentiasa mempersoalkan kemampuan diri untuk tugas ini


Setakat ini di Negara ini masih belum ada masjid dan markas utk gerakan dakwah

Insyaallah

Sekiranya diizinkan oleh Yang Empunya segala kekuatan

Minggu first...Allah memperingatkan aku

Dengan kedatangan Jemaah Tabligh dari Dewsbury, UK

Aku agak terkejut

Kerana tidak pernah aku terfikir untuk berjumpa dengan jemaah ini

Di surau sebesar lebih kurang 12 meter persegi...

Walau aku seorang

Mungkin tidak seberat Rasulullah..

Insyaallah..

Tingkatkan IMAN!!!

Saturday, September 5, 2009

Penghargaan yg ku rakamkan masih belum lengkap!!

Apabila tiba saat perpisahan
Segala perkara menjadi seperti terlalu indah
Sehinggakan tidak mahu aku tinggalkan
Saat dan tika ini.

Terima Kasih ingin ku rakamkan di ruangan sesawang ini

Kepada Arwah ABAH, walaupun tidak menepati cita-cita abah untuk bergelar seorang ustaz
Akan saya pastikan agenda dakwah yg terkubur dalam minda ABAH itu digali dan digunakan
Dan tiada saya lupa untuk menghadiahkan sealunan bacaan kitab suci pada setiap hari
Kerana sayangku pada ABAH, MAMA dan semua tidak pada ungkapan kata yang buta.

Kepada MAMA dan abang serta kakak dan penjamin2ku,
Yang sejak akhir-akhir ni bersifat lebih sentimental
yang membuatkan aku sendiri rasa janggal
dari itu aku bakal mengenali dunia yang sebenarnya tiada tawa dan hilai.

Kepada semua Ahli Masjid Kongsi dan Masjid Daerah kerana mewarnai cutiku dengan perkara yg berfaedah.
Juga kepada JAIPP yg telah menyumbangkan dermasiswa yg nilainya adalah tanggungjawabku,
Juga kepada kawan2 Sekolah Kebangsaan Kongsi dan SMKA Al-Mashoor(Lelaki) walaupun ramai lagi antara hampa yg xsempat ku jumpa.

Maafku menghinggapi segenap pelusuk tanah yang ada di bumi, moga kalian terus mendoakan agar Allah mempermudahkan perjalananku dan ujianku yg maha hebat di Republik Czech, Eropah dan perantauan.

mungkin ingin juga ku nukilkan kepada perkara di tempat kelima yg perlu ku tumpahkan kasih sayang namun belum masanya.


Terima kasih.

(kelihatan sedikit serabut disitu kerana tidak disusun dgn kemas urutannya)