Sunday, April 11, 2010

Perbezaan Pendapat

Perbezaan tu lumrah..

Satu kebiasaan apabila kebanyakan pengamal perubatan Jerman dan Poland mengatakan cranial nerves ada 13, pengamal perubatan Rom pula mengatakan cranial nerves ada 14, dan pengamal perubatan czech republik pula mengatakan cranial nerve cuma ada 12 diakhiri dengan hypoglossal nerve. Dalam perselisihan ini tidak pernah pun kita rasa hendak meninggalkan ilmu medic kerana kelihatan pincang atau sesuatu seumpamanya.

Namun agak pelik apabila ulama berbeza pendapat dalam menyatakan berapa orang dalam kisah ashabul kahfi, atau tempat-tempat wakaf yang dibolehkan dan diharamkan berhenti di dalam pembacaan al-quran, mahupun apabila berbeza pendapat dalam bacaan doa qunut sekalipun. Norma masyarakat hari ini memandang agama sudah lagi tidak tulen dan banyak cacat celanya.

Biasnya manusia terhadap agama dan inilah alasan agama diketepikan dalam kehidupan seharian. Wal hal, Islam sebagai ad-Din itu menyelesaikan segala macam masalah yang timbul. Ustaz Maslee Malik mengatakan, critical thinking, berfikir dengan tujuan mencari jawapan, bukan dengan tujuan merendahkan sesuatu kaum atau pandangan dari mana-mana pihak. Dan Islam itu membenarkan segala kebenaran yang kita rasakan. Dan menyalahkan segala yang tidak baik bagi manusia.

Bacalah Al-Quran dengan pemahaman dan bukan setakat bertilawah. Kerana di sana punya panduan yang menjana pemikiran dan pendapat. Pendapat-pendapat itu janganlah dijadikan alasan untuk kita berada di luar dari perbincangan dan hanya memerhati perkara yang kita interpretasikan sebagai "perbalahan orang berilmu".

Tanamkan niat dengan kata kunci "Mencari Allah". Nescaya akan datang jawapan yang bersifat hakiki memadamkan jawapan-jawapan relatif.

No comments: