Monday, May 23, 2011

Kehidupan itu penuh Keunikan

Dalam kehidupan ini,

Setiap manusia itu, membawa jalan hidupnya yang unik.

Yang mana, seorang manusia, tidak layak dan berhak menafikan jalan hidup manusia yang lain.

Mungkin ada di antara  kita, yang peramah, ramai kawannya, kuat gelaknya, nampak happy je.

Tapi hakikat sebenar, kekosongan yang melingkari hatinya, hanyalah tuhan yang mengetahui.

Tak dinafikan juga, ada juga di antara kita, yang pendiam, tidaklah ramai kawannya, selalu bermuram dan bermasam muka, orang lain tengok pun sedih.

tetapi dia hatinya terasa penuh dan cukup berisi (cliche sgt lak cite cmni)

kerap kali dia emo dengan cara yang tidak boleh diterima dek orang lain mcm baling bola tampar kuat2, tumbuk dinding, buat status2 emo kat FB dan twitter, tinggalkan kumpulan dengan tidak berkata-kata, bermain dengan kasar(dalam permainan yang tidak kasar), lari dari masyarakat, dan sebagainya.

Tetapi, apa pun jenis orang tu, mungkin dugaannya berbeza, dan cara menghadapinya pun berbeza lah. Cuma ada satu cara yang sama untuk menghadapinya, letakkan Allah di hati. Mengakui bahawa Allah telah menentukan kehidupan ini kepada setiap hambanya, dengan cara yang paling unik. Mungkin ada perkara yang kita tak suka ttg hidup, tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin ada perkara yang kita nak sangat2 tapi Allah tak bagi pun, sebab Allah lebih tahu akibatnya ke atas kita.

Hakikatnya, dalam kehidupan ini, pemikiran dan ilmu kita tidak statik. Kita semakin dewasa.

Kita tidak hidup hanya dengan kemampuan bertatih semasa kecil, walhal sekarang kita sudah mampu berlari.

Kita tidak hidup hanya dengan kemampuan untuk mengeja, walhal sekarang kita sudah mampu menghasilkan status FB dan Twitter.

Kita tidak hidup dengan hanya kemampuan untuk mengutuk dan mencaci, walhal kita sudah ada fikiran dan sumber untuk berfikir secara waras dan rasional.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya (13:11)

Sejak dari kecil, kita tidak diajar dengan pemikiran: aku tidak boleh berdiri. Hatta sekarang kita sudah berlari (walau mungkin tidak selaju Watson nyambek ataupun Petra Nabila)
Itulah perkara yang perlu dibuang, iaitu meletakkan halangan dalam melakukan sesuatu usaha. Allah itu Tuhan yang perlu kita minta dan usaha, bukannya hamba, yang kita suruh dan dapat. Tunjukkanlah usaha kita pada Allah SWT dengan sepenuhnya. Pada keputusan itu, milik mutlak Allah, dan bukanlah hak kita untuk mempersoalkan.

Hakikat yang perlu lebih kita akui, dalam hidup ini, kita sentiasa belajar, menerima kesalahan dan kekurangan, serta cuba membetulkannya. Pada Allah lah kita harus berserah diri. Jangan sekali-kali menganggap semua manusia itu sama kotak pemikirannya walau kita berhak untuk menjangka tindak tanduk seseorang tetapi bukan menilainya.

Wallahua'lam.

No comments: