Sunday, May 30, 2010
Andai Kau nafikan penghambaanku....
Allah, I am a human who always forgot
And not thankful
FORGIVE me Allah...
Because I always feel guilty...
In Every second of my breath..
Friday, May 21, 2010
Disaat mana ditimpakan musibah...
Aku perlu terus kekal yakin kepada Allah, tatkala orang yakin terhadap pengharapan.
Apakah kita mengatakan bahawa manusia itu lebih baik penilaiannya tatkala kita yakin adanya pencipta kepada manusia itu?
Aku tidak lain hanya manusia biasa. Hidupku ditentukan Allah, Tuhanku. Dan aku punya emosi. Untuk berasa kecewa, lumrah. Untuk terus berusaha, ia juga lumrah. Jangan dijadikan itu dan ini sebagai alasan. Setiap muslim itu ada potensinya.
Saturday, May 15, 2010
Mungkin pada namaku itu, aku memahami...
Pemahaman ini telah mengehadkan tahap emosiku dari bertindak melebihi intelek. Oleh itu, amat susah bagiku untuk memberitahu manusia secara amnya, apa yang telah aku temui. Dan pemahaman yang dikurnikan Allah ini jugalah, membuatkan aku tidak berada dalam mana-mana gerakan secara aktif. Kerana aku masih lagi mempunyai kecenderungan mengkritik tetapi tidak memberikan resolusi. Aku kejam dalam hal ini. Namun insyaallah, aku cuba untuk mengubah paradigma ini.
Kebelakangan ini aku lebih memahami tindakan golongan Syiah, Tarekat dan Ikhwanul Muslimin secara kasarnya. Yang kelihatan pemikiran golongan-golongan ini cukup unik antara satu sama lain namun mempunyai keharmoniannya yang tersendiri.
Bagiku sendiri, agak kejam kalau kita mengatakan golongan syiah itu telah sesat, kalau kita tidak mengkaji latar belakangnya, dari sudut bagaimana mereka menerima ajaran tersebut, serta lihatlah pada diri kita yang lebih kejam mengehadkan tindakan mereka hanya kerana mereka tidak memahami yang berpunca dari kita yang tidak menerangkan kepada mereka. Syiah pada asalnya tidak langsung sesat, walhal mereka cuma golongan yang ingin mengangkat Ali sebagai contoh tauladan terdekat, namun kerana ignorance kita sendiri dalam menyelesaikan masalah ini, mereka terbiar dalam kesesatan tersebut. Hatta, ada dari golongan syiah sendiri telah menyedari kesesatan mereka dan sedang berusaha mengembalikan masyarakatnya ke jalan kebenaran. Namun begitu, kalau hanya sekelompok dua, dan dihadkan lagi dengan tindakan Ahli Sunni yang telah menstereotypekan secara keseluruhan syiah itu sesat, kita tidak akan menjumpai jalan keluar kepada kemelut umat ini.
Golongan tarekat dan tabligh, bukanlah golongan yang hanya mementingkan cara konservatif dalam tindakan mereka. Dakwaan ini timbul apabila kita hanya menilai mereka daripada gerak kerja pengikutnya tanpa mengkaji secara mendalam. Saya secara peribadi melihat golongan ini kurang menyeru kepada ilmu selain kepada kalimah tauhid dan mengingati Allah. Hal ini kerana iklim masyarakat hari ini yang tidak semua tersentuh dengan perkara-perkara agama yang bersifat mendalam dan complicated. Memang tidak dinafikan, golongan ini mampu mencipta satu komuniti yang cukup bersemangat dan mengikut gerak kerja yang telah diukirkan sehalusnya. Namun agak merbahaya apabila ada yang menggunakan agenda gerak kerja ini untuk kepentingan diri. Dan sekali lagi, kalau kita hanya melihat pada sisi buruknya kita lebih cenderung untuk memukul rata dakwaan tersebut. Secara peribadi, penulis sendiri merasakan pengetahuan itu menimbulkan lebih banyak kegelisahan hati apabila melihat realiti masyarakat.
Dalam gerak kerja Ikhwanul Muslimin, yang sejarahnya saya melihat dengan cukup gemilang dan cemerlang dalam membentuk soldadu-soldadu muslim secara keseluruhan. As-Syahid Hassan Al-Banna, masyaallah, saya cukup mengagumi tokoh ini. Namun begitu, dalam mengimitasi gerakan ini, pastikan kita punya sumber dan pegangan yang jelas yang menerangkan kepada kebenaran yang berlaku pada saat dan ketika itu dari segi sosiomasyarakat pada ketika itu disesuaikan dengan pada masa sekarang. Penulis secara peribadi menyatakan, golongan ini mampu mencipta pembaharuan dalam dunia islam secara keseluruhannya. Namun kita memerlukan semangat ruhi dalam menyelesaikan masalah dalam golongan ini. Secara hakikatnya, golongan ini tidak langsung saya lihat sebagai bermasalah, namun cuma memerlukan sedikit sahaja lagi keseriusan dan kemahuan yang tinggi dan kebergantungan kepada Allah. Saya telah melihat beberapa orang yang berada dalam golongan ini yang telah berjaya mencukupkan kekurangan ini, dan saya lihat mereka dengan penuh harapan, bahawa merekalah pemimpinku di masa hadapan, insyaallah.
Sesungguhnya, saya menulis artikel panjang ini tanpa sebarang rujukan kecuali satu, iaitu rujukan dari pengalaman hidup dan mengharapkan petunjuk dari Allah. Maafkan saya sekiranya ada beberapa ayat atau frasa yang tidak disenangi dalam penterjemahan idea pada kali ini. Terima kasih kepada Ustaz Maslee Malik yang telah menginteleksikan pelajar di Czech termasuk saya menunjukkan bagaimana untuk kami berdepan dalam mendilusikan idea kami dan idea dari pelbagai orang. Moga-moga kita semua terus dikurniakan petunjuk insyaallah.
Wallahhua'lam
Saturday, May 8, 2010
Tidak anda belajar kalau perkara tersebut terlalu mudah untuk dicapai
Andai untuk aku bantu manusia dari segi kesihatan, perlu aku fahami keseliratan badan manusia itu, apakah ke punya kejam kalau aku lari dari membantu agama Allah hanya kerana berseliratnya keadaan umatku?
Sungguh mudah bagi Allah untuk mengira dan menghitung segala amalan penduduk bumi namun Allah nyatakan adanya hari pembalasan, tidak langsung kerana kelemahan Allah untuk menguruskan pengiraan tersebut, tapi kerana Allah nak fahamkan kita, ada perkara yang menanti.
Sungguh mudah juga bagi Allah untuk memilih sekian manusia dan walau untuk memberi perintah solat kepada umatnya, namun Allah jadikan sekian peristiwa dan Allah angkat salah seorang di antara kamu hanya kerana untuk bagi kamu nampak WAHAI MANUSIA betapa lemahnya pemahaman kamu terhadap ilmu Allah.
Dan sunggh, masihkah lagi kamu menjadi insan-insan yang lupa akan kekuasaan Tuhannya? Yang terasa janggal apabila ada manusia datang lalu mengatakan Allah itulah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dan lalu mengatakan, aku tahulah perkara itu. –Apakah pengetahuan itu menghalang pemberitahuan dan peringatan?-
Sunday, April 11, 2010
Perbezaan Pendapat
Satu kebiasaan apabila kebanyakan pengamal perubatan Jerman dan Poland mengatakan cranial nerves ada 13, pengamal perubatan Rom pula mengatakan cranial nerves ada 14, dan pengamal perubatan czech republik pula mengatakan cranial nerve cuma ada 12 diakhiri dengan hypoglossal nerve. Dalam perselisihan ini tidak pernah pun kita rasa hendak meninggalkan ilmu medic kerana kelihatan pincang atau sesuatu seumpamanya.
Namun agak pelik apabila ulama berbeza pendapat dalam menyatakan berapa orang dalam kisah ashabul kahfi, atau tempat-tempat wakaf yang dibolehkan dan diharamkan berhenti di dalam pembacaan al-quran, mahupun apabila berbeza pendapat dalam bacaan doa qunut sekalipun. Norma masyarakat hari ini memandang agama sudah lagi tidak tulen dan banyak cacat celanya.
Biasnya manusia terhadap agama dan inilah alasan agama diketepikan dalam kehidupan seharian. Wal hal, Islam sebagai ad-Din itu menyelesaikan segala macam masalah yang timbul. Ustaz Maslee Malik mengatakan, critical thinking, berfikir dengan tujuan mencari jawapan, bukan dengan tujuan merendahkan sesuatu kaum atau pandangan dari mana-mana pihak. Dan Islam itu membenarkan segala kebenaran yang kita rasakan. Dan menyalahkan segala yang tidak baik bagi manusia.
Bacalah Al-Quran dengan pemahaman dan bukan setakat bertilawah. Kerana di sana punya panduan yang menjana pemikiran dan pendapat. Pendapat-pendapat itu janganlah dijadikan alasan untuk kita berada di luar dari perbincangan dan hanya memerhati perkara yang kita interpretasikan sebagai "perbalahan orang berilmu".
Tanamkan niat dengan kata kunci "Mencari Allah". Nescaya akan datang jawapan yang bersifat hakiki memadamkan jawapan-jawapan relatif.
Friday, April 9, 2010
Mimpi mengerikan - Sembelihan
Aku bersama 6 orang rakan-rakan yang lain berada di sebuah rumah yang dimiliki 4 orang dewasa. Rumah tersebut diliputi malar hijau dan perang disekelilingnya. Cuma satu pintu yang ada untuk akses masuk ke rumah tersebut. Terdengar bunyi kicauan burung melegakan kami yang berada dalam kesesatan. Kami menumpang di rumah tersebut selama satu malam sebelum mencari jalan keluar.
Perihal 4 orang pemilik rumah tersebut tidak dapat aku gambarkan. Tetapi mereka kelihatan mesra dan ramah. Malam menjelma meliputi segenap pelusuk alam dengan kezulamatannya. Cuma ada cahaya bulan purnama yang menerangi kami di dalam kegelapan hutan. Sungguhpun begitu, tidak pula aku terfikir akan keberadaan elektrik di tengah hutan dan bekalan air yang cukup efisyen. Alam mimpilah katakan.
Aku keluar dari rumah menikmati angin malam tropika yang cukup mengasyikkan. Mungkin kerana mimpi, tidak sempat aku meratibkan sebarang kalimah kebesaranNya mahupun berfikir masalah umat. Setelah puas aku kembali ke rumah tersebut.
Apabila aku melangkah masuk, aku melihat 4 rakanku sedang disembelih oleh tuan rumah dengan pisau yang panjangnya melebihi 40cm di dalam bilik bersiram. Namun aku pelik dengan perasaanku sendiri, yang cuma marah tanpa disertai ketakutan. Aku memarahi mereka kerana telah membunuh rakan-rakanku. Tidak langsung hadir gerun dalam hatiku bahawa dia bakal menghayunkan pisau tersebut memotong carotid artery dan jugular veinsku. Dan mereka insaf dengan begitu mudah. Tiada langsung sebarang tindakan fizikal yang aku lakukan terhadap mereka.
Lagu Sujud yang dinyanyikan KRU dan Mawi telah membangunkan aku dari mimpi tersebut. Istighfar panjang.
Al-Quran hari ini telah mengajarkan aku:
Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu Qisas berkenaan dengan orang yang dibunuh.(sambungan sehingga akhir ayat) (2:178)
*tidak mungkin mampu aku memegang pimpinan orang muslim, aku hanyalah bidak kecil dalam sebuah perlawanan catur. Namun sungguh, Allah maha mengetahui.
Wednesday, March 31, 2010
Aku sang pemikir
Idea tu banyak
Tapi tak guna idea dalam bentuk yang orang tak paham
Cuba lah sampaikan idea
Merepek je lebih kau ni
Kadang-kadang pemikiran itu memang menakutkan
Dan diluar norma masyarakat sekitar
Kadang-kadang kau kata
Aku memang gila
Tapi sebenarnya itu alas an
Kau penakut realitinya
Tetapi still tiada kejadahnya
Kalau kau berfikir tetapi tidak melakukan
Samalah seperti kau computer
Kau punya banyak maklumat
Dan kau tiada printer Braille
Untuk memahamkan pengguna yang buta
