Sunday, March 7, 2010

Syahadatul Haq...Lecture ulangan dengan kesan berbeza....

Bergerak ke utara Czech kali ini. Senior ckp SH...Program SH di camping site...ketika suhu 4Celcius di bawah paras beku??

Kalau tidak, mind set aku sebelum ini adalah untuk mencari di mana perbezaan di antara methodology Ikhwan dan Tabligh. Tetapi kali ini aku tidak lagi mencari perbezaan itu. Kerana telah mengetahui akan hikmah dan variasi yang Allah nak aku rasa.

Karya dari Sayid Abu Al-A'la Al-Maududi dijadikan bahan untuk dibedah. Bukan tidak pernah aku melalui lecture seperti ini sebelum ini, cuma kali ini aku lebih menangkap dan aku menangis kesorangan tatkala orang-orang disekitar aku bergelak tawa dengan lawak pembentang. Namun sekali-sekala, aku turut tertawa.

Aku turut mendengar beberapa diskripsi tentang teks yang turut dikaitkan dengan tabligh, namun aku lihat perbandingan itu tidak bersifat berat sebelah. Mungkin dengan asbab ini Allah membuka hatiku untuk terus mendengar dengan teliti dan menapis segala yang aku rasakan kurang baik buat diriku. Dan aku menangis lagi. Kerana kelemahanku mengekspresikan apa yang aku rasa salah dalam pembentangan tersebut. Kenapa anda kerap menangis dalam diam?

Dan aku telah menyetujui graf ISK yang bersifat subjektif serta maratib amal dan strategi dakwah yang dibentangkan. Tatkala semua ini fikiranku berlari kepada kata-kata Maulana Zakir Naik yang berbunyi:
It is unfair if we judge a group of people by what they express to us, judge by what they wrote in their book and their constitution


At last, banyak je sebenarnya gerakan dakwah diluar sana yang bergerak atas dasar Al-Quran dan Sunnah. As long as mereka memanggil ke arah islam, Yes, they are right. But if they shout like this: to make dakwah you should have membership by registering to our society. By that time aku rasa kecewa. Alhamdulillah, tiada ayat sedemikian dikeluarkan dalam SH@Hradec Kralove.

3 pilihan bagiku:
1. Turut serta bersama dengan jemaah yang aku rasa selesa dengannya dan laksanakan dakwah dengan cara yang kamu mampu
2. Jika tidak yakin, carilah jemaah yang lain yang aku rasakan betul, dan bersamalah dalam amalnya. Doakan agar jemaah yang aku rasa tidak betul agar mendapat hidayah berada di dalam satu jemaah yang sama.
3. Jika masih lagi tidak, bentuklah jemaahmu sendiri menegakkah Syahadatul Haq agar sempurna kewajipanmu terhadap agamamu.

mungkin akan ku kaji sendiri dengan lebih mendalam berdasarkan karya ulama-ulama terdahulu. Rakan-rakan, doakan research dan studyku ini diberkati untuk masa depan dakwah islamiah.

2 comments:

Anonymous said...

saya penah terfikir utk terus mencari-cari...tapi saya terfikirkan umat yang sudah terlalu kesuntukan...bagaimana mungkin kita masih termanggu-manggu, padahal umat sangat keliru dan layu.kita sudah tiada masa. usahakanlah apa yang ada di hadapanmu sedaya upaya. itu lebih perlu.

Sang Pujangga said...

Insyaallah sedang diusahakan disini, dibawah gerakan Ikhwan branch Majlis Syura Muslimin...

Kalau nak diteruskan kajian pun mungkin aku memerlukan tambahan lagi 5 tahun selepas medic untuk mendalami ilmu Quran dan Hadis...dah lmbat sangat dah tu.