Friday, October 9, 2009

Allah Punya Cara Untuk Menegur Aku 1

Dalam setiap perjalanan hidupku, memang sentiasa dipegang oleh Pemilikku, Dialah Tuhan yang tiada tidur dan tiada leka akan Urusannya di langit dan bumi. Dan akulah Makhluk yg sentiasa alpa dan leka dengan kemewahan dunia yg aku dah taw x bawak masuk kubur pun.

Dalam setiap check-point hidupku, Allah sentiasa meletakkan aku dalam keadaan aku tiada pasti akan kedapatannya. Berdasarkan ilmu probability yg aku pelajari, memang cukup kecil kebarangkalian untuk berjaya. Namun, itulah kuasa Allah dan Miliknya segala yang di langit dan dibumi. Kronologi perkara yang aku xpernah rasa aku dapat:

Entrance Exam ke University Palacky in Olomouc -

Aku pernah gagal dalam entrance exam yang pertama utk kemasukan ke Charles University First Faculty in Prague. Pada ketika exam tersebut memang aku benar-benar yakin bahawa aku dapat kerana aku merasakan soalan itu mudah (walaupun ramai merasakan soalan itu susah tahap ijazah, tp pada waktu itu aku hanya berdiam dan hanya mengiakan adjektif orang ramai). Aku seperti rasa cukup yakin aku mampu dapat. Namun sungguh, Allah punya perancangan yang lebih hebat. Tiada pun tercatat nama aku dalam list yang keluar pada malam itu. Kecewaku diubati dgn alunan bacaanku sendiri yang tercetus daripada nikmat kurniaan Allah dalam suara ini.
Kemudian, aku terus berusaha untuk Palacky University in Olomouc entrance exam. Dan untuk kali ini, memandangkan cukup hampir dengan exam IB, aku berusaha sekadar yang mampu. Dalam exam itu, aku tiada langsung yakin pada diriku bahawa inilah penamat entrance exam aku. Aku merasakan, bersedialah pula untuk entrance exam Hradec Kralove yang pastinya lebih memeningkan. Pada keesokan harinya, terpampang namaku di board Placement tersebut untuk interview. Dan keyakinan diriku kembali memuncak. Senior pernah berpesan kepada aku, once you have pass the entrance exam, for sure, you had secure the placement. Yakinku ini tidak membunuh persediaanku untuk interview.

Aku berusaha sedaya mungkin tetapi dengan yakin di dalam ingatan, "You Have a UNIVERSITY NOW". Namun ternyata, congakanku silap dan apa yang senior katakan padaku juga silap. Aku diberitahu oleh salah seorang yang rapat dengan Puan Sharifah bahawa aku tiada diterima oleh University. Dalam keadaan exam, aku diuji dengan ujian kehidupan sesedih ini. Aku cuba mengawal emosi. Kerana aku sedar emosi cuba membunuh masa depan aku, aku bertindak emotionless. Tiada senyum, tiada ketawa, tiada ulasan. Hanya study chem seperti tiada apa2 yang berlaku.

Ada ketika pada suatu malam, seminggu selepas keputusan university tersebut, yang pada malamnya aku melupakan Tuhanku buat seketika, pada keesokan harinya, aku dipanggil oleh Pn. Sharifah, ayatnya seperti berikut, "Pujangga(bukan nama sebenar), kamu tidak layak untuk mengambil entrance exam Hradec Kralove, begitu juga twinning Numed".

Aku tersentak dalam keadaan kalbuku tidak keruan. Dalam keadaan hatiku berbisik, "Apalah pula ujian kali ini Tuhanku?". Telah aku bayangkan Mara mengubah polisinya untuk tidak menaja pelajar2 yg telah gagal menempatkan diri di mana2 university. Aku tampak hanya redup dunia di masa depanku yang kemudian disusuli gelap gelita. Hanya ku nampak, satu titik cahaya yang kecil iaitu akhiratku. Kehidupan duniaku bakal di selebungi dengan fitnah manusia terhadap aku dan agama yang ku bawa. Mungkin juga orang akan melihat, itulah akibat seorang yang bersifat kesurauan(hanya kerana selalu berada di surau). Fikiranku melalut memikirkan segala kemungkinan yang cukup menakutkan.

"Congratulation! University of Palacky have reconsider their decision to accept you as their student next semester!," Aku terdiam seketika tatkala aku merasakan hatiku diterangi cahaya, masa depanku kembali cerah, tiada lagi tomahan fitnah yang aku fikirkan bakal merosakkan imej agamaku. Alhamdulillah.

Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Sunngguh, pada saat itu aku teringat pada saat aku melupakan tuhanku pada malam itu. Terasa aku diperingatkan. Usai bertemu Pn. Sharifah, aku melabuhkan sujud syukurku di Surau An-Nur di lokasi sebelah tiang sebelah kiri pintu Tabligh(kerana gerakan tabligh sentiasa bermesyuarat di pintu tersebut) dengan air mata taubat berderai membasahi karpet surau.

KERANA REZEKI ITU BERADA DALAM KEKUASAAN ALLAH, MAKA INGATLAH ALLAH!

bakal bersambung lagi insyaallah...

No comments: