Sunday, October 4, 2009

Harakat Muslim

Entah mengapa pemikiranku sentiasa melawan fitrah dan hukum pentadburan manusia, mungkin kerana fikiranku bersifat konservatif dan tidak berkembang dan itu adalah kelamahanku sendiri. Namun, aku kerap diam dan berfikir tatkala perkara ini telah lama diperbahaskan dalam kalangan komuniti muslim. Dan aku hanya ingin menambahkna "koleksi" idea. "Koleksi"lah apabila idea tersebut hanya disimpan dan tidak berani di utarakan.

Berdasarkan pemahaman aku yang cetek dan lemah tentang keadaan umat sekarang, keadaannya tidak ubah seperti masyarakat jahiliah pada zaman sebelum kerasulan Nabi S.A.W. Pada masa dan ketika ini, memang aku tidak nafikan timbul banyak gerakan untuk membangunkan kembali Islam melalui pendekatan yang pelbagai. Dalam masalah ini aku suka menggunakan perbedaan ekstrim yang mana perbezaannya tampak jelas.

Ada 2 kategori pendekatan:
1. Kaedah mengikut Rasulullah S.A.W.
2. Kadedah selain Rasulullah S.A.W.

Dalam meniti kaedah yg mengikut Rasulullah, memang, fitnah yang mengatakan anda kolot dan tidak mengikut peredaran zaman akan sentiasa menembak jatuh pengamalnya. Ini biasa dan pengamalnya memang seorang yang tabah dan benar Cintakan Rasul semata-mata. Sayang kerana aku masih belum bersedia untuk menerima kaedah ini. Kemudian, pasti ada yang bertanya, berkesankah kaedah dakwah ini? Fahamkan secara mendalam maksud dakwah itu dalam diri. Dan anda akan faham soalan itu sebenarnya tidak pun langsung signifikan secara ukhrawi dan duniawi.

Kaedah yang selain kaedah Rasulullah S.A.W, minta maaf untuk dinukilkan disini, aku tidak meletakkan sebarang hukum dalam permasalahan ini dan ini adalah pandangan peribadi semata-mata. Contoh yang cukup jelas adalah melalui penubuhan persatuan-persatuan dan aliran-aliran yang berpecah daripada Islam itu sendiri. Apa yang aku nampak, kaedah ini mementingkan kesan yang luaran daripada kesan dalaman yang membina diri setiap manusia itu sendiri. Kemudian, memang secara tidak langsung, berlaku persaingan dalam merebut ahli dan pengikut. Umat islam itu sendiri berpecah dengan kewujudan keadaan seperti ini.

Entah mengapa, aku sendiri, terasa tidak mampu dan berat membawa dan menyelesaikan masalah yang ku nampak kian meruncing dalam jangka masa 20 tahun akan datang. Aku tahu kau pening pujangga, namun perlu kau ketahui Rasulullah dulu tidak pun mampu membaca dan punya kekuatan menyelesaikan masalah umat. Aku harapku tidak berhenti di setengah jalan. Bahayaku adalah berhadapan dengan syaitan, kerana pergerakan berseorangan sebelum aku menjumpai kumpulanku yang benar sedikit. Semoga Allah mempermudahkan jalanku.

No comments: