Dan aku berfikir tatkala orang lain masih terhuyung hayang mencari matanya
mempersoalkan diriku:
aku seorangkah di atas dunia ini?
wujudkah manusia-manusia yang aku nampak bergerak dihadapanku ini?
kenapa ada bahagian dunia yang tak dapat aku lihat..even disebalik dinding itu sendiri?
kenapa banyak sangat ragam manusia bilamana aku menyangka semua mereka adalah sama?
perlukah aku hidup untuk meniti satu jalan yang menakutkan aku kira?
Apa benda dalam kubur tu ha??
dan mungkin inilah persoalan yang selalu berlegar dalam RAM pemikiranku
sehingga aku ketemu satu keyakinan
yang mana yakin inilah yang telah membawa diriku ke satu alam diriku yang lain
Alhamdulillah
Namun aku masih lagi mempersoalkannya kadang kadang
kerana masih lagi dapat ku lihat lubang-lubang yang menjadikannya hodoh
Lalu aku menadah tangan..
Ya Allah kekalkanlah dalam hatiku ini keyakinan yang tidak tumpah seperti para sahabat
disaat mereka melihat unta dan ditanya Baginda Rasulullah apakah dihadapan kamu?
Dan mereka menjawab:
Hanya Allah dan Rasulnya yang mengetahui..
*apologi kepada orang yang rendah imaginasinya
No comments:
Post a Comment