Dikunjungi hiba kepetangan
Idea itu datang menerpa ke sejenak jiwa
Menggeledah isi hati
Masanya mungkin telah tiba untukku
mengatakan bahawa aku...
biarlah kupendam dahulu pengungkapan itu
kerna ia bisa membina tp lebih membinasa hendaknya
Biarlah benak fikiranku ini
Ditujahi senapang kubotai Jepun Jahiliah
Moga dapatku mengubatinya
Mengevolusikannya agar tidak diterjah lagi
Namun bukan aku mengiakan teori si gila itu
Ternyata salah bagi mereka yang yakin pada Tuhan
Dah tu..apa gunanya dipelajari lagi
dan ditatap buku Campbell itu hampir tembus?
Ah..dunia yang penuh dengan kerepekan
tapi tidak guna mengkerepekkannya
kerana kehilangannya
bererti usaha anda gagal
Aku mengerti
Masaku masih panjang mungkin
Untuk aku menjejaki kesemua calon tersebut
Menambat hati setiap satunya pada pasak-pasak prinsip
kalau merepek memang itu kerjaku
(apologi kepada fikiran yang kosong yang benar fikir pujangga sedang membuat kerepek)
No comments:
Post a Comment