Sunday, December 14, 2008

Kesedihan yang hanya setakat kesedihan

Aku sedih
dengan diri aku sendiri
tatkala melihat rakan2 ku
yang dahulunya satu sekolah denganku
memakai kain pelikat dan baju melayu
turun solat pada setiap waktu mahupun subuh

Tapi hari ini
dia
tanpa segan silu
menunjukkan gambar-gambarnya dalam fb
berpelukan,berciuman,minum arak,arghh!
byk kalau aku sebutkan
bg sesetengah orang berkata:
"ele..minum arak je pun,pegang pompuan je pun..apalah sgt"
ya apalah sangat melainkan neraka Allah menanti
dan org membalas:
"pujangga oi, muda lagi kan kita ni..enjoy"
kalaulah pasti matinya bila..??

Kalau tidakpun aku risau
kerana mereka ini cerdik pandai
yang mungkin bersamaku dan kamu semua satu hari nanti
yang mana pekertinya semasa remajanya mungkin dibawa sehingga itu
yang mungkin mudah disogok dgn kemewahan dunia

Ya!!
mungkin sekarang ada orang membangkang:
"don't judge the book by it's cover"
so what??
kalau dah dirinya mempamerkan manifestasi wawasan yang ternyata tidak langsung bertamadun
bagaimana mampu dia membina satu tamadun yang lain??
bagaimana mampu dia membina keluarganya sendiri

Ya Allah,
Mungkin aku pun sama tergolong dalam golongannya
cuma aku bersembunyi di sebalik kebaikan ku yang masih dipelihara oleh-Mu
Ampunkan aku ya Allah
dan berikanlah hidayah!
dan aku sendiri ya Allah
agar tidak terus terjerumus ke lembah itu
yang hanya syaitan dan sekutunya layak hendaknya

air jernih hampir mengalir membasahi kulit dibawah kelopak mataku yang "bercelak" ini mengenangkan sahabatku itu dulu yang sama2 menghafaz surah2 SPM

No comments: