Kedewasaan mungkin telah memburu nafsuku
Yang merasakan bantal dan tilamlah sahabat paling sejati
Moga jgn disalahertikan sebagai sahabat selama-lamanya
Ya..
Aku kesal tatkala nafsuku membunuh citaku
Tapi apa gunanya kesal?
Tiada pengajaran melainkan diri sendiri yang inginkannya
Mencari makna hidup
Untuk tidurkah?
Untuk belajar sepanjang masakah?
Atau kerana mencari kesan rasa dan kesan makna Yang Maha Esa?
Ya..
Telahpun aku tegapkan dimindaku
Mengenai Tujuan Kehidupan
Namun mengapa masih tidak menurut perintahnya?Tatkala fajar Sodiq terbit
Bangunlah diriku..
dan mereka semua diluar sana
Yang masih merasakan hidup hanyalah hidup
Yang berakhir apabila mati
Yakinlah,
Kehidupan akan disambung dalam kubur itu menelan tubuh kaku
Samaada taman kebahagiaan
Atau penjara kegirangan kerna raungan yang mengaum
Pilihan ditangan kau pujangga
Dan anda semua
Untuk berada dalam kedinginan dan kenyamanan subuh di Masjidya
Atau berada dalam kepanasan di sebalik selimut merah itu
No comments:
Post a Comment