Thursday, January 22, 2009

Jangan bermimpi

Setiap detikku
Pernah aku idamkan untuk ke UK
Dan berumrah ketika summer holiday
Namun ternyata mimpimu membunuh

Terlintas difikiranku
mungkinkah untuk aku memiliki
Nombor yang keempat dalam hidupku
malah 2 dan 3 pun sudah mustahil

Sedang aku membina semangatku
dalam keadaan kehampaan Semester 3
dan dalam kekacauan kelas
Akibat pengurusan yang lemah

Juga aku memikirkan
Mungkinkah untuk aku mengislamkan
Seseorang yang bergelar kafir
Sedang aku hanyut dalam dilema

Mungkin juga..
Bukan hari ini aku terjaga
dan menanti kucupan mesra
dari Tuhanku yang tercinta
Malah untuk melihat kejernihan wajah-Nya

tangisan kau adalah tidak berguna
pada saat kau telah melihat
Neraka Jahannam
Pada kau mengimpikan Jannah

Mungkin kerna cinta kau adalah habuk
kalau hendak dibandingkan Adawiyah
Yang siang dan malamnya
Hanya demi Allah

Jangan menanti
Saat mana Tudung kau Disimpuhkan
Dari lengan ke lengan
Yang berwarna putih atau kelabu

nantikanlah masanya...

Pembebasan pemikiran

Mungkin selama ini aku bergelut
Hanya dengan diri sendiri
Yang menyatakan
Nafsu itu seronok

Dan kemudian
Aku hunuskan pedang puasa
untuk meruntunkan setiap mereka
satu persatu rebah terpenggal

Namun mungkin kerana cuai
lupa aku untuk menguburkan setiap jasad itu
akhirnya aku tewas
pabila mereka bangkit semula

Dan begitulah sejarah hidupku akan berulang
menang dan kalah sehinggalah aku di syurga
hanyalah itu kemenangan sejati
menanti bidadari-bidadariku

Insyaallah
Aku menunggu kau Ainul Mardhiah
Atau mungkin lain namanya
Yang dijanjikan Allah dara selama-lamanya

Sunday, January 18, 2009

Imaginasiku mengatasi pemikiran manusia

Mungkin kerana aku ini kurang ilmu
Hanyalah ilmu asas yang mampu ku jadikan perbicaraan
dan modal untukku menjadi asbab hidayah
Selemah burung yang membantu Nabi Ibrahim

Tidak mungkin aku berada di bawah naungan-Nya
Sekiranya tidakku ungkapkan janjiku padanya
Yang sekarang ini
Dicari semula skrip tersebut

aKU mengharapkan penerangan yang jelas
kerana imaginasiku tidak pernah terang
kabur diselubung asap ketakutan
dan mungkin mataku memerlukan bantuan

Kehidupan ku yang kaku,beku

sekadar mampu menangis?
itulah aku
yang tampak keras dan degil secara luaran
namun begitu mudah menggenangkan air mata..

Laki bacul yang penakut!
Kau tahu jalan yang benar
Kau tahu dimana harus kau mengadu
Namun mengapa hanya membiarkan takdir berlalu

Saat bahagiaku
Menjadi tragis
setelah kufikirkan semula
Memang perkara ini menumpulkan pemikiran

Umatku tak ubah
seperti Yahudi dan Nasara
Sedangkan gaya dan pemikiran mereka diikut
Walau barangannya diboikot

Tak pernah ada secebis pun
Dalam diriku ini yakin tentang masa itu
Yang mana aku dalam kegelapan
Disinari Matahari nan sejengkal, dua belas semuanya

Aku hanya tahu berbicara tentangnya
Kepada orang lain
tanpa aku sendiri menghayatinya
Tanpa aku sendiri melihat diriku

Wahai Umat Muhammad
Sampai bila hendak engkau menangis
Sampai bila hendak kau ikut anasirnya itu
Kalau kau yakin esok bukan mentari barat

atau mungkin liang lahad menanti

Saturday, January 10, 2009

Pudarku dalam semangat kesedihan

Kehidupanku sendiri
Mengecewakan diriku yang sedia lemah
Apabila aku melihat
Bedilan trinity rocket menghujani bumiku Palestin

Teras keinsafan dalam diri
Tatkala melihat perjuangan mereka
Kalau nak dibandingkan dengan aku sendiri
Yang tidak mampu berjuang menjauhi katil
Pabila Subuh menjelang?

Aku melihat lagi diri masyarakatku
Meletakkan Kekejaman vs Demontrasi dan tunjuk perasaan
Serta ucapan berapi-rapi
Ibaratknya api-api itu menyambar Israel?

Itu mereka sahabatku
Mereka juga adalah aku 
Tiada Gunanya
Tiada Gunanya

Selepas tunjuk perasaan itu
hanya ada hanyalah kuih di tangan yang dibawa balik
Berbekalkan api kemarahan
Yang padam setelah berhadapan dengan tekanan kecil hidup

ternyata aku dan umatku lemah sekali
pabila aku dan mereka mempercayai kekuatan Amerika
Dan melihat pada kadaran teknologi
dan kuasa yang dipegangnya

Bangunlah Roh Salahuddin Al Ayubi dalam jiwaku
Dan penguasaan semangat Raja Mehmed Al-Fateh
Serta Keimanan Para Sahabat as-syuhada
Yang bukan setakat mampu melinangkan air mata

Saturday, January 3, 2009

Sudahlah awak...

aku dah jelik hidup
mungkin telah tiba masanya
untuk aku pergi
berbekalkan iman ini??

Memang tidak dinafikan
kepala otakku ini memang berRAM rendah
tapi entah mengapa aku dikurniakan
Dengan processor yang cukup tajam
dan hard disk yang cukup besar
untuk aku berfikir tentang umatku

Ya...
Ramai orang menggelarkan aku
"Sang complicated"
Sejak kecilku
sehiggalah aku bercinta 
mengenal hati budi manusia
dan berhutang dengannya

Kadang-kadang aku mencebik wajahku di cermin
Menatap mukaku yang selalu ketat
untuk menampakkan keganasan dan keegoan
agar manusia hormat dan tunduk kepadaku
tapi ternyata akulah yang paling lemah antara kamu

Air mataku cukup longgar
Mudah saja empangan mataku ini pecah
dan koyak
tatkala melihat keriangan orang lain
tatkala aku menyedari kesedihan orang lain
tatkala aku menyedari betapa beratnya beban yang dia tanggung
Rasulullah S.A.W...

Ramai orang berucap
Islam is......bla3
kita jgn...
kita kena...
pahala itu...
buat ni...dosa
buat ni makruh
Palestin menangis lagi..bla3
negara umat islam...bla3
hudud...bla3
serban itu budaya arab..bla3
Kita mesti target bina Khilafah..bla3
Kita mesti target jadi pemimpin Islam..bla3
Kita mesti jugak bina iman at the same time...bla3
Kita mesti jugak belajar..bla3
bagi aku:
Hampeh semua itu
Banyak gila target aku dan umatku!!
pabila IMAN umatku tidak ubah seperti kapas
Pabila Yakin aku, dia dan mereka adalah dunia dan selain ALLAH
Segala yang tercapai itu akan lari dari THE TRUTH one

Di mana ISLAM yang sebenar yang dicanangkan itu???
Insyaallah diriku ini masih berada dalam Yakin yang satu
 kerna aku masih melihat dunia yang masih GELAP dan TULI