Saturday, January 10, 2009

Pudarku dalam semangat kesedihan

Kehidupanku sendiri
Mengecewakan diriku yang sedia lemah
Apabila aku melihat
Bedilan trinity rocket menghujani bumiku Palestin

Teras keinsafan dalam diri
Tatkala melihat perjuangan mereka
Kalau nak dibandingkan dengan aku sendiri
Yang tidak mampu berjuang menjauhi katil
Pabila Subuh menjelang?

Aku melihat lagi diri masyarakatku
Meletakkan Kekejaman vs Demontrasi dan tunjuk perasaan
Serta ucapan berapi-rapi
Ibaratknya api-api itu menyambar Israel?

Itu mereka sahabatku
Mereka juga adalah aku 
Tiada Gunanya
Tiada Gunanya

Selepas tunjuk perasaan itu
hanya ada hanyalah kuih di tangan yang dibawa balik
Berbekalkan api kemarahan
Yang padam setelah berhadapan dengan tekanan kecil hidup

ternyata aku dan umatku lemah sekali
pabila aku dan mereka mempercayai kekuatan Amerika
Dan melihat pada kadaran teknologi
dan kuasa yang dipegangnya

Bangunlah Roh Salahuddin Al Ayubi dalam jiwaku
Dan penguasaan semangat Raja Mehmed Al-Fateh
Serta Keimanan Para Sahabat as-syuhada
Yang bukan setakat mampu melinangkan air mata

2 comments:

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

aku tahu sape kau

Sang Pujangga said...
This comment has been removed by the author.